Collaborations

WFH atau Work From Huru-Hara? Tips Settle Kerja Tanpa Serabut!

Sejak ramai mula kerja dari rumah (WFH), satu cabaran yang makin jelas ialah rumah cepat jadi bersepah dan susah nak maintain bersih.  

Pagi meeting, tengah hari cari barang, petang pula tengok lantai dah penuh habuk. Belum lagi baju bertimbun dan ruang kerja yang makin sempit. Hakikatnya, bila WFH, rumah bukan sekadar tempat rehat je, tapi ia jadi tempat kerja, ruang anak bermain dan juga tempat urus semua benda dalam satu masa. 

Jadi, macam mana nak pastikan rumah kekal bersih tanpa ganggu fokus kerja? Jom kita tengok cara mudah yang boleh korang praktikkan. 

Kenapa Rumah Bersih Penting Untuk WFH?

Ramai tak sedar, keadaan rumah sebenarnya sangat mempengaruhi produktiviti kita semasa bekerja. Bila rumah  bersih kita akan lebih mudah fokus semasa bekerja, kurang stress atau rasa serabut dan mood lebih stabil sepanjang hari  

Pendek kata, ruang yang kemas bantu minda lebih tenang dan ini sangat penting untuk mereka yang WFH. Tak perlu tunggu hujung minggu untuk kemas rumah. Cukup luangkan 10–15 minit sehari: 

  • Pagi: kemas meja kerja sebelum mula kerja  
  • Tengah hari: bersihkan ruang utama  
  • Malam: settlekan dapur dan pakaian  

Bila buat sikit-sikit macam ni, baru lah kita tak rasa terbeban sangat untuk settlekan kerja-kerja rumah. Rumah pun tak sempat jadi huru-hara. 

Nak Jimat Masa? Guna Je Robot Vacuum

Kalau nak cara paling mudah, biar teknologi tolong buat kerja. Contohnya macam Roborock 2 in 1 Qrevo 5AE Robotic Vacuum ni yang berfungsi untuk vakum dan mop sekaligus secara automatik.

On je sebelum meeting, lepas habis kerja tahu-tahu lantai dah bersih. Ini memang solusi terbaik untuk yang sibuk WFH tapi nak lantau rumah sentiasa kemas dan bersih.

Pilih Alat Cleaning Yang Multifunction

Kadang-kadang bukan kita tak nak kemas, tapi masa yang terhad. Jadi, untuk bantu korang settle kan kerja-kerja rumah dengan lebih mudah adalah dengan pilih alat yang mudah dicapai macam Midea 3 in 1 Floor Washer ni. Hanya perlu tekan butang ON dan mulakan proses pembersihan.

Jadi, tak perlu lah korang nak cari extension untuk sambungkan wayar pada plug atau galas vakum kehulu kehilir, sebab vakum midea ni tanpa wayar dan suction nya pun kuat. Yang ni pun ada fungsi vakum dan mop dalam satu masa, kerja jadi lebih cepat dan efisien- guarantee jimat masa!

Urus Pakaian Supaya Rumah Nampak Lebih Kemas

Baju bertimbun boleh buat rumah nampak lagi berselerak. Tips mudah adalah korang perlu tetapkan jadual untuk basuh pakaian, sebab basuh baju ni tak perlu setiap hari pun. Dah tunggu banyak sikit baru basuh. Selain tu, korang boleh juga gunakan mesin basuh berkapasiti besar macam Haier 13kg Front Load Washer Inverter. Sangat sesuai untuk keluarga besar dan boleh basuh banyak dalam satu masa. Cara ni lebih jimat masa dan tenaga juga tau.

WFH Lebih Tenang Dengan Rumah Yang Bersih

WFH tak semestinya huru-hara, semuanya bergantung pada cara kita urus ruang dan rutin harian. Dengan bantuan teknologi dan sedikit disiplin, korang boleh kekalkan rumah yang bersih, kurangkan stress dan secara tidak langsung dapat tingkatkan produktiviti.

Rumah bersih bukan sekadar untuk nampak cantik je, tapi untuk hidup lebih tenang. selesa dan teratur. So, kalau korang nak cari lebih banyak barangan elektrik yang memudahkan kerja harian korang, korang boleh klik di sini dan paling best kita ada Cashback besar untuk korang yang buat pembelian. Confirm shopping korang jadi lebih berbaloi-baloi.

Leave a Reply