800Kwh Sebulan Banyak Tak? Tips Penggunaan Elektrik di Rumah
600 kWh dah jadi 800 kWh. Tapi… 800 kWh tu sebenarnya banyak ke? Kalau korang pun tertanya-tanya perkara yang sama, korang tak keseorangan. Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan peningkatan aras perlindungan bil elektrik domestik daripada 600 kWh kepada 800 kWh sebulan bagi tempoh penggunaan dari September hingga 31 Disember 2026.
Bagi pengguna domestik yang menggunakan 800 kWh dan ke bawah sebulan, mereka akan menikmati pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), caj peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Pengurangan bagi penggunaan bulan September pula akan dikreditkan dalam bil elektrik bulan Oktober.
Menariknya, perubahan ini memberikan tambahan 200 kWh atau kira-kira 33% lebih tinggi berbanding had perlindungan sebelumnya.Tapi persoalan sebenarnya, 800 kWh tu cukup ke untuk sebuah rumah? Dan appliance mana yang paling banyak menggunakan elektrik? Jom kita kira dan tengok satu per satu.
800 kWh Elektrik Cukup atau Tidak?
Pertama sekali, 800 kWh bersamaan dengan 800 unit elektrik. Kalau penggunaan elektrik rumah korang mencecah 800 kWh sebulan, purata penggunaan adalah sekitar 26.7 kWh sehari.
Nampak macam banyak, kan? Tapi jumlah tersebut sebenarnya dikongsi oleh semua peralatan elektrik di rumah. Daripada peti sejuk yang beroperasi sepanjang masa, aircond yang digunakan pada waktu malam, TV, mesin basuh, lampu, kipas sehinggalah peralatan dapur seperti rice cooker dan air fryer. Sebab itu, nak tahu sama ada penggunaan elektrik rumah korang tinggi atau tidak, kita kena tengok corak penggunaan secara keseluruhan, bukan satu peralatan sahaja.
Cara Mudah Kira Penggunaan Elektrik
Formula asasnya ialah: Penggunaan elektrik (kWh) = Kuasa peralatan (kW) × Tempoh penggunaan (jam)
Sebagai contoh, jika sebuah peralatan menggunakan kuasa 1.0 kW dan digunakan selama 8 jam: 1.0 kW × 8 jam = 8 kWh
Mudah sahaja, kan? Cuma perlu diingat, ini hanyalah contoh pengiraan. Penggunaan sebenar bergantung pada wattage, model, tetapan, kecekapan tenaga dan cara peralatan tersebut digunakan.
Appliance Mana Paling Banyak Guna Elektrik?
Ramai mungkin terus fikir “Aircond lah yang paling banyak!” Memang penggunaan aircond boleh menjadi besar jika digunakan untuk tempoh yang lama, tetapi sebenarnya tiada satu jawapan yang sesuai untuk semua rumah.
Penggunaan elektrik bergantung kepada berapa banyak kuasa yang digunakan dan berapa lama peralatan tersebut beroperasi. Sebagai gambaran:
Peralatan elektrik | Contoh penggunaan |
❄️ Aircond | 8 jam sehari |
🧊 Peti sejuk | Beroperasi sepanjang hari |
📺 TV | 5 jam sehari |
🧺 Mesin basuh | 1 cycle sehari |
🍚 Rice cooker | 2 jam sehari |
🍳 Air fryer | 30 minit sehari |
💨 Kipas | 8 jam sehari |
Contoh di atas hanyalah gambaran corak penggunaan. Penggunaan sebenar berbeza mengikut model, wattage, kapasiti, tetapan dan kecekapan tenaga setiap peralatan. Jadi, daripada hanya bertanya “Barang mana paling banyak makan elektrik?”, soalan yang lebih tepat ialah: “Barang apa yang saya guna paling lama dan paling kerap?”
Aircond On 8 Jam Sehari, Banyak Ke Elektrik Digunakan?
Kalau bercakap tentang penggunaan elektrik di rumah, aircond memang antara peralatan yang selalu mendapat perhatian. Maklumlah, bila cuaca panas, memang susah nak tahan daripada buka aircond. Tetapi penggunaan elektrik aircond bukan bergantung pada tempoh penggunaan sahaja.
Apa yang mempengaruhi penggunaan elektrik aircond?
Antaranya:
- Kapasiti HP aircond
- Teknologi inverter
- Suhu yang ditetapkan
- Saiz bilik
- Tempoh penggunaan
- Suhu persekitaran
- Keadaan filter
- Kecekapan tenaga model
Contohnya, aircond yang digunakan selama 8 jam sehari berpotensi menggunakan lebih banyak tenaga berbanding aircond yang hanya digunakan 3–4 jam sehari. Sebab itu, kalau korang memang kerap menggunakan aircond, jangan tengok harga pembelian sahaja. Penggunaan tenaga sepanjang tempoh pemilikan juga patut diambil kira.
Macam Mana dengan Peti Sejuk Pula?
Kalau aircond mungkin digunakan beberapa jam sehari, peti sejuk pula perlu beroperasi untuk mengekalkan suhu makanan sepanjang masa. Tapi jangan terus anggap peti sejuk menggunakan kuasa penuh 24 jam sehari.
Penggunaan sebenar juga bergantung kepada model, kapasiti, teknologi compressor, tetapan suhu, keadaan pintu, lokasi peti sejuk dan kecekapan tenaga.
Nak peti sejuk berfungsi dengan lebih baik? Cuba buat ini:
- Jangan kerap buka pintu peti sejuk
Setiap kali pintu dibuka, udara sejuk keluar dan peti sejuk perlu bekerja untuk menstabilkan semula suhu. - Jangan masukkan makanan yang masih terlalu panas
Biarkan makanan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. - Beri ruang pengudaraan
Jangan letakkan peti sejuk terlalu rapat dengan dinding atau sumber haba. - Pastikan pintu tertutup rapat
Periksa getah pintu supaya tidak longgar atau rosak. - Pilih kapasiti yang sesuai
Tak perlu pilih peti sejuk terlalu besar kalau isi rumah kecil, dan begitu juga sebaliknya.
Mesin Basuh & TV Ada Bagi Kesan Ke?
TV dan mesin basuh juga menyumbang kepada jumlah penggunaan elektrik rumah. Cuma bezanya, kedua-duanya biasanya tidak beroperasi sepanjang masa.
🧺 Mesin Basuh
Daripada menjalankan banyak cycle dengan muatan yang sedikit, cuba:
- Kumpulkan cucian dan gunakan load yang sesuai
- Pilih mode cucian mengikut jenis pakaian
- Elakkan menjalankan mesin untuk cucian yang terlalu sedikit jika tidak diperlukan
Kalau mesin basuh korang mempunyai kapasiti besar, manfaatkan kapasiti tersebut dengan bijak.
📺 TV
TV pula mungkin tidak menggunakan tenaga sebanyak sesetengah peralatan berkuasa tinggi, tetapi tempoh penggunaan tetap memainkan peranan. Kalau TV menyala dari petang sampai malam, cuba tanya diri sendiri: “Ada orang tengok ke sebenarnya?” Kalau jawapannya tidak, mungkin dah tiba masa untuk tekan butang OFF.
5 Cara Mudah Kurangkan Penggunaan Elektrik Di Rumah
Tak semestinya kena hidup dalam gelap atau tutup aircond sepanjang hari untuk kurangkan penggunaan elektrik. Kadang-kadang, perubahan kecil dalam cara kita menggunakan peralatan elektrik pun boleh membantu.
- Pilih peralatan yang lebih cekap tenaga
Jangan tengok harga pembelian sahaja. Semasa membeli peralatan elektrik baharu, pertimbangkan juga kecekapan tenaga, kapasiti dan anggaran penggunaan dalam jangka panjang.
- Gunakan peralatan mengikut keperluan
Aircond yang dibiarkan terpasang walaupun bilik sudah kosong atau TV yang terus menyala walaupun tiada siapa menonton boleh menambah penggunaan elektrik yang tidak diperlukan.
- Jaga dan selenggara peralatan
Peralatan yang tidak diselenggara dengan baik mungkin tidak berfungsi seoptimum yang sepatutnya. Contohnya, pastikan filter aircond dibersihkan secara berkala dan peti sejuk mempunyai ruang pengudaraan yang mencukupi.
- Pertimbangkan teknologi inverter
Jika anda kerap menggunakan peralatan seperti aircond atau peti sejuk, teknologi inverter boleh menjadi antara ciri yang anda pertimbangkan ketika memilih model baharu. Namun, jangan lihat perkataan “inverter” sahaja. Bandingkan juga kapasiti, kecekapan tenaga, fungsi dan kesesuaian dengan keperluan rumah anda.
- Upgrade bila peralatan lama sudah tidak lagi efisien
Kadang-kadang, upgrade bukan semata-mata sebab nak model baru. Kalau peralatan lama sudah kerap rosak, prestasi semakin menurun atau kos pembaikan makin tinggi, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat pilihan yang lebih baharu. Dengan cara ini, korang bukan sekadar membeli barang elektrik baharu, tetapi membuat pilihan yang lebih sesuai untuk rumah.
800 kWh Bukan Lesen Untuk Guna Elektrik Sesuka Hati
Walaupun aras perlindungan telah dinaikkan daripada 600 kWh kepada 800 kWh, ia bukan bermaksud kita boleh menggunakan elektrik tanpa memikirkan penggunaan. Jadi, jangan fikir: “Dah bawah 800 kWh, belasah je buka aircond.” Sebaliknya, anggap perubahan ini sebagai peluang untuk kita lebih memahami penggunaan elektrik di rumah.
Bila kita tahu peralatan mana yang menggunakan lebih banyak tenaga, lebih mudah untuk kita ubah tabiat, memilih peralatan yang sesuai dan membuat keputusan pembelian dengan lebih bijak.
Ada Plan Nak Upgrade? Jom Upgrade dengan Lebih Bebaloi
Jadi, kalau korang dah tahu ke mana elektrik di rumah pergi, bolehlah mula fikir apa yang boleh diubah atau di upgrade. Kalau peralatan lama dah mula buat hal atau korang memang tengah cari model yang lebih sesuai dan cekap tenaga, Senheng boleh jadi tempat untuk mula survey. Lagi best, pembelian terpilih boleh dapat S-Coin Cashback yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Upgrade rumah, pilih dengan bijak, dan jangan lepaskan peluang untuk dapat lebih banyak ganjaran dengan Senheng! Kunjungi senheng.com.my untuk info lanjut.
