Collaborations

Tips Simpan Daging Korban Supaya Tahan Lama & Kekal Segar

Setiap kali musim Raya Haji, antara cabaran terbesar yang ramai keluarga hadapi ialah bagaimana nak simpan daging korban dengan betul. Lagi-lagi bila dapat dalam kuantiti yang banyak, memang cepat penuh peti ais dibuatnya. Ada yang terus sumbat semuanya dalam freezer, ada juga yang simpan terlalu lama sampai daging berubah warna, berbau atau hilang kesegaran. 

Sebenarnya, cara penyimpanan memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan daging korban tahan lebih lama dan kekal segar bila nak dimasak nanti. Lagi bagus kalau rumah juga dilengkapi dengan appliance yang sesuai untuk membantu urusan penyimpanan jadi lebih mudah dan teratur. 

Kalau anda tengah mencari cara simpan daging korban yang betul, atau sedang survey freezer dan peti ais yang sesuai untuk keluarga, artikel ini memang untuk anda. 

Kenapa Daging Korban Cepat Rosak? 

Ramai sangka semua jenis daging boleh terus dimasukkan ke dalam peti ais tanpa sebarang persediaan. Tapi sebenarnya, ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan daging cepat rosak walaupun disimpan dalam freezer. 

Antaranya: 

  • Daging disimpan ketika masih panas  
  • Daging tidak dibahagikan mengikut portion  
  • Suhu peti ais tidak stabil  
  • Peti ais terlalu penuh  
  • Daging terdedah kepada udara terlalu lama  

Apabila keadaan ini berlaku, bakteria lebih mudah membiak dan menyebabkan kualiti daging menurun dengan lebih cepat. Sebab itu penting untuk tahu teknik penyimpanan yang betul supaya daging lebih tahan lama dan mudah diurus sepanjang musim perayaan. 

Cara Simpan Daging Korban Dengan Betul 

  1. Jangan Terus Basuh Daging Sebelum Simpan 

Ini antara kesilapan paling biasa yang ramai orang lakukan. Bila daging dibasuh sebelum disimpan, kelembapan tambahan boleh menyebabkan bakteria lebih cepat berkembang dan membuatkan daging cepat rosak. 

Cara yang lebih sesuai ialah: 

  • Simpan daging dalam keadaan kering  
  • Lap dengan tisu dapur jika perlu
  • Basuh hanya sebelum memasak  

Teknik ini membantu mengekalkan tekstur dan kesegaran daging untuk tempoh yang lebih lama. 

  1. Bahagikan Daging Mengikut Portion Masakan 

Satu lagi tips penting ialah jangan simpan semuanya dalam satu bekas besar. Bahagikan daging mengikut kegunaan seperti: 

  • Rendang  
  • Sup tulang 
  • Grill atau BBQ
  • Daging kisar  

Cara ini lebih praktikal kerana anda hanya perlu keluarkan portion yang diperlukan sahaja tanpa perlu nyahbeku semua daging berkali-kali. Selain lebih mudah, ia juga membantu menjaga kualiti daging dengan lebih baik. 

  1. Gunakan Bekas Kedap Udara atau Vacuum Sealer 

Antara sebab utama daging berubah warna dan rasa ialah kerana terlalu lama terdedah kepada udara dalam freezer. Sebab itu ramai pengguna sekarang mula menggunakan vacuum sealer untuk penyimpanan makanan. 

Kelebihan vacuum sealer: 

  • Membantu daging tahan lebih lama  
  • Mengurangkan freezer burn
  • Jimat ruang penyimpanan
  • Simpan makanan dengan lebih kemas
  • Kurangkan pembaziran makanan  

Untuk keluarga yang selalu meal prep atau simpan stok makanan beku, appliance ini memang sangat membantu untuk kegunaan jangka panjang. 

Freezer vs Peti Ais Biasa: Mana Lebih Sesuai Untuk Simpan Daging Korban? 

Ciri 

Peti Ais Biasa 

Chest Freezer 

Sesuai Untuk 

Keluarga kecil 

Keluarga besar 

Kapasiti Simpanan 

Sederhana 

Lebih besar 

Penyimpanan Daging 

Jangka pendek 

Jangka panjang 

Pengurusan Ruang 

Mudah penuh bila banyak stok 

Lebih mudah susun 

Kestabilan Suhu 

Kurang stabil bila terlalu penuh 

Lebih konsisten 

Sesuai Musim Raya Haji 

Jika kuantiti sedikit 

Sangat sesuai untuk simpan daging korban banyak 

 Kenapa Ramai Pilih Peti Ais Inverter Sekarang? 

Selain ruang penyimpanan, penggunaan elektrik juga menjadi perhatian ramai pengguna sekarang. Sebab itu peti ais inverter semakin popular kerana ia lebih jimat tenaga dan mempunyai kawalan suhu yang lebih stabil. Antara kelebihan peti ais inverter: 

Kelebihan 

Manfaat 

Penyejukan Stabil 

Daging lebih tahan lama 

Jimat Elektrik 

Sesuai untuk penggunaan harian 

Operasi Senyap 

Lebih selesa untuk rumah 

Kurang Pembentukan Ais 

Mudah dijaga dan dibersihkan 

Sesuai Simpan Banyak Makanan 

Ideal untuk keluarga besar 

Bagi keluarga yang kerap memasak di rumah atau menyimpan stok makanan yang banyak, peti ais inverter memang lebih berbaloi untuk jangka masa panjang. 

Penyimpanan Yang Betul Buat Daging Lebih Tahan Lama 

Raya Haji bukan sekadar tentang menerima agihan korban, tetapi juga bagaimana kita mengurus dan menyimpannya dengan baik supaya tidak berlaku pembaziran. Dengan teknik penyimpanan yang betul dan bantuan appliance yang sesuai, urusan dapur boleh jadi lebih mudah, kemas dan teratur sepanjang musim perayaan. 

Kalau korang tengah rancang untuk upgrade peti ais, freezer atau appliance dapur yang lain, korang boleh je singgah mana-mana outlet Senheng atau beli melalui senheng.com.my. Ada pelbagai tawaran dan ganjaran korang boleh dapat sambil bershopping!  Tunggu apa lagi? Jom shop sekarang sementara stok masih ada.

 

Leave a Reply