6 Cara Cipta Rumah Lebih Selesa Untuk Fasa Recovery
Bila melalui fasa recovery, perkara kecil yang sebelum ini nampak biasa pun boleh terasa sedikit mencabar. Nak kemas rumah, masak, basuh baju atau sekadar nak cari ruang yang selesa untuk berehat, semuanya mungkin memerlukan lebih tenaga dan masa. Sebab itu, sempena Breast Cancer Awareness Month, selain meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara, kita juga boleh melihat satu perkara yang sangat dekat dengan kehidupan seharian iaitu rumah.
Rumah bukan sekadar tempat untuk tidur dan makan. Dalam fasa recovery, rumah boleh menjadi tempat untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga, melakukan aktiviti. Kadang-kadang, beberapa perubahan kecil dan pemilihan peralatan rumah yang sesuai sudah cukup untuk menjadikan rutin harian lebih mudah dan selesa. Jom tengok 6 cara cipta rumah yang lebih selesa untuk fasa recovery.
Jadikan Bilik Tidur Sebagai Ruang Rehat Yang Paling Selesa
Bila badan memerlukan lebih banyak masa untuk berehat, bilik tidur boleh dijadikan satu ruang yang lebih tenang dan selesa. Pastikan katil sentiasa kemas, ruang tidak terlalu berselerak dan suhu bilik berada pada tahap yang selesa. Kalau bilik mudah rasa panas, aircond boleh membantu mewujudkan suasana yang lebih nyaman, terutama ketika cuaca Malaysia yang panas dan lembap.
Antara aircond yang kami recommend ialah 1.0HP-2.5HP Gentle Cool Pro Series Air Conditioner, MIDEA 1.0HP-1.5HP Airstill Inverter Air-Conditioner atau HISENSE 1.0HP-2.5HP R32 Inverter Air Conditioner KAGS Series.
Pilihan HP pula sebaiknya disesuaikan dengan saiz bilik dan keperluan penggunaan. Tak perlu tetapkan suhu terlalu rendah. Pilih suhu yang selesa dan gunakan fungsi seperti sleep mood. Bila ruang tidur lebih selesa, waktu rehat pun boleh terasa lebih nyaman.
Cipta Ruang Dengan Udara Yang Lebih Nyaman
Kita mungkin tak nampak udara di sekeliling kita, tetapi keselesaan udara dalam rumah tetap memainkan peranan dalam pengalaman kita berada di sesuatu ruang. Untuk ruang yang sering digunakan untuk berehat, penggunaan air purifier sangat sesuai untuk saiz bilik.
Antara pilihan yang boleh anda pilih ialah MEDIA Bladeless Fan with Air Purifier, MISTRAL Digital Air Purifier atau MIDEA Air Purifier with HEPA Filter
Selain menggunakan air purifier, pastikan rumah mempunyai pengudaraan yang baik dan bersihkan habuk di kawasan yang mudah mengumpul debu seperti langsir, karpet, sofa dan permukaan perabot. Air purifier bukanlah pengganti rawatan atau nasihat doktor. Namun, dari sudut keselesaan harian, ia boleh menjadi salah satu pilihan untuk membantu mewujudkan ruang dalaman yang terasa lebih selesa.
Kurangkan Kerja Rumah Yang Menggunakan Banyak Tenaga
Okay, ini mungkin antara perkara paling penting. Recovery bukan masa untuk paksa diri buat semua benda macam biasa. Kalau ada kerja rumah yang boleh dipermudahkan dengan teknologi, kenapa tidak?
Contohnya, robot vacuum boleh membantu membersihkan lantai secara automatik. Ini bermakna kurang sedikit kerja yang perlu dilakukan secara manual, terutama untuk rutin pembersihan harian.
Kalau tengah mencari robot vacuum, antara pilihan yang recommended ialah Dreame L10s Ultra Gen 3 Robotic Vacuum, TP-LINK Tapo RV50 Omni Robot Vacuum & Mop atau ROBOROCK Qrevo 2 Pro Robot Vacuum.
Pilih berdasarkan saiz rumah, jenis lantai, keperluan pembersihan dan ciri yang paling sesuai dengan rutin harian. Begitu juga dengan kerja mencuci pakaian. Mesin basuh dengan kapasiti dan fungsi yang sesuai boleh membantu menjadikan urusan laundry lebih mudah. Tak semestinya semua kerja rumah perlu dibuat sendiri. Kalau teknologi boleh bantu jimat masa dan tenaga, why not kan?
Wujudkan “Me Time Corner” Di Rumah
Recovery bukan hanya tentang berehat secara fizikal. Masa untuk diri sendiri pun penting. Tak perlu ruang yang besar. Satu kerusi yang selesa di sudut bilik pun sudah boleh dijadikan “me time corner”.
Letakkan beberapa perkara yang anda suka. Mungkin buku, tablet, speaker, lampu meja atau remote TV. Bila ada masa, anda boleh:
- 🎬 Tengok filem atau drama kegemaran
- 🎧 Dengar muzik atau podcast
- 📖 Baca buku
- 📱 Video call dengan kawan atau keluarga
- 🧩 Buat aktiviti santai yang diminati
- ☕ Nikmati minuman kegemaran sambil berehat
Kalau anda memang suka movie marathon atau menonton rancangan kegemaran bersama keluarga, Smart TV boleh menjadikan ruang tamu sebagai tempat untuk unwind. Antara pilihan yang menarik anda boleh pilih ialah SAMSUNG NEO QLED 4K AI Smart TV 75", TCL C6K Premium QD-MiniLED or HAIER 75" M80 Series Google QD Mini LED
Tak perlu pun menonton sepanjang hari. Kadang-kadang satu episod rancangan kegemaran atau filem bersama orang tersayang sudah cukup untuk mengisi masa dengan sesuatu yang menyeronokkan. Tak perlu produktif setiap masa. Kadang-kadang, rehat pun satu bentuk penjagaan diri.
Jadikan Dapur Lebih Praktikal
Bila dalam fasa recovery, memasak makanan yang memerlukan terlalu banyak langkah mungkin terasa meletihkan. Jadi, susun dapur supaya perkara yang kerap digunakan mudah dicapai.
Peralatan kecil seperti:
- Air fryer
- Rice cooker
- Electric kettle
- Blender
- Multi cooker
Boleh membantu menjadikan beberapa rutin memasak lebih mudah dan praktikal. Contohnya, air fryer boleh menjadi pilihan untuk menyediakan makanan dengan cara yang lebih mudah tanpa perlu berdiri lama di hadapan dapur. Anda boleh cuba TOSHIBA 5L Digital Air Fryer, TEFAL 6L Digital Air Fryer atau JOYOUNG 6.5L Digital Air Fryer.
Untuk rutin memasak harian pula, rice cooker boleh menjadi antara peralatan dapur yang paling praktikal. Pilihan seperti MIDEA 1.8L Digital Rice Cooker, TEFAL 0.7L Rice Cooker atau TOSHIBA 1.8L Jar Rice Cooker boleh dipilih mengikut saiz isi rumah dan keperluan memasak.
Matlamatnya bukan untuk memasak makanan yang “fancy”. Matlamatnya adalah untuk buat rutin harian terasa lebih mudah. Untuk sebarang keperluan pemakanan khusus semasa recovery, sebaiknya ikut nasihat doktor atau pakar dietetik yang mengendalikan rawatan anda.
Pastikan Orang Tersayang Sentiasa Dekat
Rumah yang selesa bukan hanya tentang perabot atau peralatan elektrik. Orang di dalam rumah pun memainkan peranan besar. Kalau ada ahli keluarga atau kawan yang sedang melalui fasa recovery, tanyakan apa yang mereka perlukan. Kadang-kadang bantuan yang nampak kecil sebenarnya sangat bermakna.
Contohnya:
- Tolong kemaskan ruang rehat
- Sediakan makanan atau minuman
- Uruskan kerja rumah
- Temankan menonton TV
- Teman ke janji temu jika diperlukan
- Tanya khabar tanpa memaksa mereka untuk bercerita
- Beri ruang apabila mereka perlukan masa sendiri
Dan paling penting, jangan rasa perlu “menceriakan” mereka setiap masa.Ada hari yang baik. Ada hari yang kurang baik. Tak mengapa. Kadang-kadang, hanya dengan berada di sisi seseorang pun sudah cukup menunjukkan bahawa mereka tidak bersendirian.
Cipta Rumah Yang Lebih Selesa, Satu Perubahan Pada Satu Masa
Sempena Breast Cancer Awareness Month, marilah kita bukan sahaja meningkatkan kesedaran, tetapi juga menunjukkan sokongan kepada mereka yang sedang melalui fasa recovery. Kalau anda atau orang tersayang sedang melalui perjalanan ini, ingat bahawa anda tak perlu melakukan semuanya sekaligus. Mulakan dengan perkara kecil. Susun semula bilik, jadikan ruang lebih nyaman, kurangkan kerja rumah yang tidak perlu, gunakan peralatan yang boleh membantu dan luangkan lebih banyak masa untuk perkara yang penting.
Kalau anda tengah plan untuk menjadikan rumah lebih selesa tapi nak yang berbaloi, inilah masa untuk upgrade dengan lebih bijak. Di Senheng, anda boleh shopping pelbagai pilihan peralatan elektrik untuk rumah, daripada aircond, air purifier, robot vacuum, TV, air fryer, rice cooker dan banyak lagi sambil nikmati sehingga 100% S-Coin Cashback.
Beli sambil dapat pulangan? Kan berbaloi tu! Jadi, kalau dah lama plan nak upgrade rumah, jangan tunggu lama-lama. Datang shopping di Senheng dan jadikan rumah anda lebih selesa, lebih praktikal dan pada masa yang sama, lebih berbaloi. Untuk maklumat lanjut tentang produk, promosi dan tawaran terkini, kunjungi senheng.com.my
