Collaborations

Dulu & Sekarang Lain! Evolusi Barangan Elektrik Rakyat Malaysia

Pernah tak anda terfikir macam mana rupa kehidupan rakyat Malaysia ketika negara baru sahaja mencapai kemerdekaan? Cuba bayangkan sebuah rumah pada zaman dahulu. 

Belum ada Smart TV. Belum ada robot vacuum. Nak basuh baju pun bukan sekadar masukkan pakaian, tekan beberapa butang dan tinggal. Banyak kerja rumah masih dilakukan secara manual dan menggunakan lebih banyak tenaga. 

Sekarang, cuba tengok rumah kita pada tahun 2026. Nak basuh baju? Masukkan sahaja ke dalam mesin basuh. Nak bersihkan lantai? Robot vacuum boleh bantu. Nak tengok cerita? Smart TV dah tersedia dengan pelbagai pilihan hiburan. Nak sejukkan bilik? Aircond inverter pula boleh membantu memberikan keselesaan dengan lebih efisien. 

Dulu Lain Sekarang Lain. 

Teknologi memang banyak berubah. Tapi yang lebih menarik ialah bagaimana perubahan barangan elektrik ini turut mengubah cara kita menjalani kehidupan seharian. 

Sempena bulan Merdeka ini, jom kita “travel back in time” dan tengok bagaimana barangan elektrik rakyat Malaysia berubah dari zaman dahulu hingga sekarang.

Dari Radio ke Smart Speaker – Cara Kita Mendengar Dah Berubah 

Pada zaman dahulu, radio merupakan antara peralatan yang cukup penting dalam sesebuah rumah. Nak dengar berita? Radio. Nak dengar lagu? Radio. Nak ikuti rancangan kegemaran? Tunggu waktu siaran. Malah, ada keluarga yang akan berkumpul untuk mendengar radio bersama-sama. 

Hari ini, cara kita menikmati audio sudah jauh berbeza. Dengan Bluetooth speaker dan smart speaker, kita boleh memainkan muzik, podcast atau audio kegemaran pada bila-bila masa. Tak perlu tunggu rancangan tertentu bermula. 

Dulu  

Sekarang  

Radio 

Bluetooth / Smart Speaker 

Pusing tombol 

Kawalan digital 

Tunggu waktu siaran 

Pilih kandungan sendiri 

Siaran radio 

Muzik & podcast streaming 

Dulu tunggu rancangan radio. Sekarang kita sendiri pilih apa yang nak dengar. 

Dari TV Hitam Putih ke Smart TV 

1_e4446a

Kalau generasi sekarang tengok TV zaman dahulu, mungkin ada yang tertanya-tanya, “Eh, dulu memang TV macam ni?” TV hitam putih dan TV CRT pernah menjadi antara peralatan hiburan utama di rumah. Dan waktu itu, menonton TV memang satu aktiviti keluarga. 

Bila rancangan kegemaran bermula, semua orang akan berkumpul di ruang tamu. Nak tukar channel pula, kena bangun dan pergi dekat TV atau cari remote yang entah hilang di mana.  

Hari ini, pengalaman menonton TV sudah berubah sepenuhnya. Smart TV bukan sekadar untuk menonton siaran televisyen. Kita boleh akses YouTube, platform penstriman, bermain permainan video, membuat screen mirroring dan banyak lagi. Dulu berebut remote. Sekarang berebut Wi-Fi pula!  

Dari Basuh Tangan ke Mesin Basuh Automatik 

Kalau bercakap tentang kerja rumah, mencuci pakaian antara tugas yang memang memerlukan banyak tenaga. Dulu, pakaian perlu dibasuh, dibilas dan diperah secara manual. Kalau satu keluarga ramai, memang boleh tahan lama juga masa yang diperlukan. 

Sekarang? Masukkan pakaian. Masukkan sabun. Pilih program. Tekan start, Siap! Mesin basuh moden juga menawarkan pelbagai pilihan program yang boleh disesuaikan mengikut jenis pakaian dan keperluan pengguna. 

Dulu 

Sekarang 

Basuh secara manual 

Mesin basuh automatik 

Perah dengan tangan 

Spin cycle 

Kawal semua proses sendiri 

Pelbagai washing programmes 

Lebih banyak tenaga fizikal 

Lebih mudah dan menjimatkan masa 

Kerja mencuci masih ada, tapi kerja beratnya? Banyak dah dibantu teknologi. 

Dari Kipas ke Inverter Air Conditioner 

3_2de61c

Kalau ada satu perkara yang rakyat Malaysia memang faham, sudah tentu cuaca panas. Dulu, kipas menjadi antara pilihan utama untuk membantu memberikan pengudaraan dan mengurangkan rasa bahang di rumah. 

Kemudian, air conditioner semakin menjadi pilihan untuk memberikan ruang yang lebih nyaman, terutama ketika cuaca panas. Hari ini pula, teknologi aircond semakin berkembang dengan kewujudan model inverter yang boleh melaraskan operasi compressor mengikut keperluan penyejukan. 

Sesetengah aircond moden juga menawarkan ciri seperti kawalan pintar, operasi yang lebih senyap dan fungsi yang membantu penggunaan tenaga dengan lebih efisien. Jadi, daripada sekadar “nak hilangkan panas”, teknologi aircond hari ini semakin memberi fokus kepada pengalaman penggunaan yang lebih selesa dan mudah. 

Dari Periuk Biasa ke Peralatan Dapur Multifungsi 

Dapur pun tak ketinggalan dalam evolusi teknologi. Dulu, memasak lebih banyak bergantung kepada peralatan asas dan perlu dipantau secara manual. Ada juga sesetengah orang siap pakai dapur arang lagi untuk masak. Sekarang, pelbagai peralatan dapur direka untuk membantu kita menyediakan makanan dengan lebih mudah. 

Contohnya: 

Dulu 

Sekarang 

Periuk biasa 

Smart Rice Cooker 

Goreng menggunakan kuali 

Air Fryer 

Kisar secara manual 

Blender 

Satu fungsi 

Multi Cooker 

Panaskan makanan di atas dapur 

Microwave 

Air fryer pula semakin menjadi pilihan untuk mereka yang mahukan cara memasak yang lebih mudah dan praktikal. Nak panaskan makanan? Ada microwave. Nak buat nasi? Ada rice cooker. Nak kisar bahan? Ada blender. Nak sediakan makanan dengan lebih mudah? Air fryer boleh jadi pilihan. 

Dari Penyapu ke Robot Vacuum

2_72add4

Ini mungkin antara perubahan teknologi yang paling menarik. Dulu, nak bersihkan rumah memang kena ambil penyapu, sapu lantai dan kemudian mop. Kemudian datanglah vacuum cleaner yang membantu memudahkan kerja menyedut habuk. 

Sekarang? Ada robot vacuum.  Sesetengah model moden boleh membantu melakukan kerja seperti vacuum, mop, membuat pemetaan ruang dan kembali ke charging station secara automatik. 

Dari Telefon Rumah ke Smartphone 

Okay, yang ini memang susah nak tak masukkan. Walaupun smartphone bukanlah barangan elektrik rumah, peranti ini boleh dikatakan antara teknologi yang paling banyak mengubah cara kita hidup. Dulu, telefon digunakan terutamanya untuk membuat dan menerima panggilan. 

Sekarang? Satu smartphone boleh buat macam-macam. Boleh call, ada kamera, Music Player, GPS, E-Wallet, Entertainment Device, Mini Computer.  

Dulu  

Sekarang  

Telefon rumah 

Smartphone 

Panggilan suara 

Panggilan video 

Kamera berasingan 

Kamera terbina dalam 

GPS berasingan 

Navigation dalam telefon 

SMS 

Instant messaging 

Album gambar 

Cloud storage 

Dulu telefon menghubungkan kita dengan orang lain. Sekarang telefon menghubungkan kita dengan hampir seluruh dunia. 

 Merdeka Bukan Sekadar Mengenang Masa Lalu 

Sempena Hari Merdeka, kita bukan sahaja meraikan perjalanan negara kita, tetapi juga boleh melihat sejauh mana kehidupan rakyat Malaysia telah berkembang. Daripada radio yang menemani keluarga suatu ketika dahulu kepada Smart TV yang menjadi pusat hiburan rumah hari ini. 

Daripada membasuh pakaian secara manual kepada mesin basuh yang boleh melakukan kerja dengan hanya beberapa sentuhan. Dulu lain, sekarang lain. Tetapi matlamatnya masih sama, menjadikan kehidupan lebih mudah, selesa dan lebih baik. Dan mungkin itulah perkara paling menarik tentang teknologi. Apa yang kita gunakan hari ini mungkin akan menjadi “barang zaman dulu” kepada generasi akan datang.  

kalau anda sedang merancang untuk upgrade barangan elektrik di rumah, mungkin sekarang masa yang sesuai untuk upgrade. Daripada TV, aircond, peti sejuk, mesin basuh, peralatan dapur hinggalah pelbagai peranti digital, anda boleh cari pilihan yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda di Senheng. 

Lagi menarik, kalau shopping di Senheng , anda bukan sekadar dapat miliki barangan elektrik baharu. Anda juga boleh menikmati pelbagai ganjaran dan faedah eksklusif yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi. 

Nak tengok pilihan yang ada? Layari Senheng.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Senheng terdekat. 

Leave a Reply