Your Kitchen, Your Rules! 7 Barang Elektrik Untuk Dapur Estetik
Pernah tak scroll TikTok atau Instagram, nampak dapur orang lain cantik betul? Countertop tak serabut, warna appliance semua matching. tapi bila tengok dapur sendiri mula la terfikir…“Kenapa dapur aku tak nampak macam ni?”
Sebenarnya, dapur yang nampak aesthetic tak semestinya memerlukan renovation besar-besaran, barang yang mewah atau bajet yang tinggi. Kadang-kadang perubahan kecil seperti cara kita susun barang, pilih warna dan pemilihan barang elektrik dapur pun dah boleh mengubah keseluruhan vibe ruang tersebut.
Yang penting, jangan terlalu ikut trend Sebab Your Kitchen, Your Rules. Jadi, sebelum korang mula berfikir untuk tukar kabinet atau renovate dapur, cuba tengok dulu 5 barang elektrik ini.
Cerek Elektrik: Barang Kecil Tapi Impact Besar
Kadang-kadang benda paling kecil dalam dapur lah yang sebenarnya boleh bagi perubahan paling ketara. Contohnya, cerek elektrik.
Kalau selama ni korang letak cerek korang ikut suka je, cuba kali ni dedicate satu sudut kecil untuk jadikannya coffee atau tea corner. Letakkan cerek bersama beberapa coffee sachet, cawan favourite dan sedikit dekorasi. Confirm akan terus nampak lebih tersusun dan aesthetic.
Kenapa cerek elektrik sesuai untuk dapur aesthetic?
Selain saiznya yang compact, cerek juga antara appliance yang biasanya digunakan hampir setiap hari. Jadi, daripada disimpan dalam kabinet dan dikeluarkan setiap kali nak guna, korang boleh jadikannya sebahagian daripada dekorasi dapur.
Perkara | Apa Yang Perlu Dipertimbangkan |
Saiz | Sesuai dengan countertop |
Design | Minimal, moden atau stainless steel? |
Warna | Match dengan coffee machine atau appliance lain? |
Kegunaan | Kerap buat kopi/teh atau jarang guna? |
Contohnya, pilihan seperti Faber Jug Kettle boleh menjadi salah satu pilihan untuk ruang dapur yang mengutamakan design ringkas dan praktikal.
Air Fryer: Untuk Yang Nak Praktikal Tapi Tetap Stylish
Air fryer memang antara kitchen appliance yang semakin biasa berada dalam dapur moden. Sebabnya mudah. Nak masak ayam? Boleh. Nak panaskan makanan? Boleh. Nak buat fries atau snacks? Pun boleh. Paling penting, ia boleh membantu korang sediakan makanan dengan lebih mudah tanpa perlu menggunakan terlalu banyak ruang atau peralatan memasak lain.
Tapi ada satu perkara yang ramai terlupa, saiz air fryer pun boleh mempengaruhi rupa dapur. Air fryer yang terlalu besar untuk countertop kecil boleh buat ruang nampak sempit.
Gaya Hidup | Cadangan |
Tinggal seorang | Kapasiti kecil/medium |
Couple | Kapasiti medium |
Family kecil | Kapasiti lebih besar |
Selalu masak untuk ramai | Pilih kapasiti yang lebih besar |
Di Senheng, korang boleh jumpa pelbagai pilihan air fryer seperti Philips Airfryer, Tefal 6L Easy Fry Window Air Fryer Digital, Joyoung 6.5L Digital Touch Screen Visible Air Fryer dan beberapa pilihan lain mengikut kapasiti serta fungsi.
Jadi, jangan pilih air fryer semata-mata sebab nampak cantik. Pilih yang sesuai dengan cara korang memasak. Sebab appliance yang cantik tetapi jarang digunakan akhirnya cuma jadi penghuni tetap atas countertop.
Rice Cooker: Tak Semestinya Nampak Macam Appliance Lama
Rice cooker mungkin antara appliance paling underrated bila bercakap tentang dapur aesthetic. Ramai fikir rice cooker cuma perlu berfungsi. Tapi sekarang, design rice cooker pun dah semakin moden. Ada digital display, touch control, finishing yang lebih minimal dan bentuk yang lebih sleek.
Jadi, ia boleh sahaja diletakkan atas countertop tanpa membuatkan dapur nampak outdated.
Pilih rice cooker berdasarkan lifestyle korang
Sekiranya... | Pilihan Yang Sesuai |
Tinggal seorang | Kapasiti kecil |
Couple | 1–1.5L |
Family kecil | Sekitar 1.8L |
Family besar | Kapasiti lebih besar |
Suka cuba pelbagai menu | Multifunction/digital rice cooker |
Antara pilihan yang boleh korang pertimbangkan ialah Toshiba 1.8L Bincho Charcoal Series Rice Cooker, Tefal 0.7L Mini Rice Cooker Fuzzy Logic Series, Joyoung 5L Dual-Turbo Air Cooling Release Free Pressure Cooker, Midea 1.8L Digital Rice Cooker dan banyak lagi.
Kalau korang ada banyak appliance berwarna hitam atau stainless steel, cuba pilih rice cooker dengan finishing yang sama supaya countertop nampak lebih cohesive.
Microwave: Bila Convenience Jadi Sebahagian Daripada Dapur
Microwave bukan sekadar untuk panaskan leftover. Untuk sesetengah rumah, microwave memang boleh menjadi salah satu appliance yang paling kerap digunakan.
Sarapan nak cepat? Panaskan. Makanan semalam masih ada? Panaskan. Nak defrost bahan masakan? Boleh masuk microwave juga. Sebab itu microwave boleh dikira convenient untuk dapur moden, terutama untuk mereka yang bekerja dan tak ada banyak masa untuk bertungkus lumus di dapur.
Kalau dapur korang konsep Black + Wood Pilih appliance dengan finishing gelap. Kalau White + Wood Pilih appliance dengan design putih atau neutral dan kalau Modern + Stainless Steel boleh pilih appliances yang Stainless steel sebab pilihan warna tu boleh lengkapkan keseluruhan look.
Konsep Dapur | Finishing Yang Boleh Dipertimbangkan |
Minimalist | White / Neutral |
Modern | Black |
Industrial | Stainless Steel |
Scandinavian | White / Light Neutral |
Contemporary | Black / Stainless Steel |
Kalau korang nak cari microwave korang boleh try Midea 25L Grill Microwave Oven, LG 20L NeoChef? Solo Microwave Oven, atau Rubine 50L Built In Microwave Oven
Peti Ais: The Main Character Dalam Dapur
Kalau ada satu appliance yang memang susah nak sorok, jawapannya ialah...Peti ais.
Saiznya besar. Kedudukannya biasanya sangat obvious. Dan sebab itulah peti ais sebenarnya boleh memberi impak besar kepada keseluruhan rupa dapur. Kalau kabinet korang warna putih tapi peti ais warna hitam, ia boleh menjadi statement piece.
Kalau dapur korang menggunakan konsep stainless steel dan peti ais dengan finishing yang sama boleh membuatkan ruang nampak lebih seamless.
Sebelum pilih peti ais, check dulu:
Perkara | Kenapa Penting? |
Ukuran ruang | Pastikan fridge muat |
Kapasiti | Ikut saiz household |
Door opening | Pastikan pintu boleh dibuka sepenuhnya |
Design | Match dengan konsep dapur |
Storage | Sesuai dengan rutin membeli barang dapur |
Energy efficiency | Boleh bantu penggunaan tenaga lebih berhemah |
Untuk yang tengah cari atau nak upgrade peti ais, korang boleh try Haier 720L Side by Side Refrigerator, Midea 810L Multi-Door Refrigerator atau TCL 580L Multi-Door Built-In Refrigerator.
So, korang boleh la pilih peti ais mana yang korang berkenan, make sure jangan terus pilih yang paling besar. Pilih yang paling ngam dengan ruang dan lifestyle korang .
Aesthetic Itu Subjektif, Yang Penting, Dapur Sesuai Dengan Gaya Tersendiri
Pada akhirnya, dapur aesthetic bukan tentang mempunyai appliance paling mahal, kabinet paling trendy atau countertop yang nampak macam showroom. Ia tentang mencipta ruang yang membuatkan korang rasa "Okay, this kitchen works for me.”
Sebab mungkin bagi orang lain, dapur yang cantik ialah dapur minimalist dengan hanya tiga appliance. Tapi bagi korang? ianya mungkin lebih dari itu. It's okay sebab "Your kitchen. Your rules".
Kalau korang tengah cari atau nak upgrade barang elektrik untuk dapur, korang boleh beli ikut suggestion yang ada di atas, sebab semua produk tu korang boleh dapat sehingga 50% S-Coin Cashback! Nak tahu lebih lanjut klik je www.senheng.com.my.
