Berbaloi Ke Upgrade? 6 Perkara Perlu Tahu Sebelum Membeli
Pernah tak tengah scroll online, tiba-tiba nampak gadget atau barang elektrik baru yang nampak so tempting? Terus mula terfikir: "Eh, macam dah lama juga aku guna yang ni...", "Yang baru ni nampak lagi best", "Actually, aku perlukan ke benda ni?" Tahu-tahu dah masuk cart.
Tapi sebelum anda terus tekan “Buy Now”, cuba berhenti sekejap dan fikir, perlu ke aku upgrade? Untuk sesetengah barang elektrik, upgrade memang boleh buat kehidupan harian lebih mudah. Tetapi bukan semua barang lama perlu terus diganti hanya sebab ada model baru di pasaran.
Kadang-kadang, yang penting bukan “ada model baru atau tidak”, tetapi “adakah upgrade ini betul-betul memberi perubahan kepada cara kita guna barang tersebut. Jadi, kalau anda tengah berkira-kira nak upgrade TV, peti ais, aircond, kitchen appliance, gadget atau barang elektrik lain di rumah, ini 6 perkara yang boleh anda pertimbangkan sebelum membeli.
Barang Lama Masih Berfungsi Dengan Baik atau Tak?
Ini soalan paling basic, tapi paling penting. Kalau appliance atau gadget anda masih berfungsi dengan baik, tiada masalah besar dan masih memenuhi keperluan harian, mungkin belum ada sebab yang kuat untuk menggantikannya. Tapi kalau anda dah mula perasan perkara seperti:
- Prestasi semakin menurun
- Kerap mengalami masalah
- Fungsi tertentu sudah tidak berfungsi
- Penggunaan menjadi kurang praktikal
- Kos repair semakin kerap
mungkin ini petanda untuk mula tengok pilihan baru.
Contohnya, kalau peti ais masih sejuk tetapi ruang simpanan dah tak cukup untuk keperluan keluarga, mungkin masalahnya bukan peti ais rosak, tetapi kapasiti yang dah tak sesuai dengan lifestyle sekarang.
Begitu juga dengan TV. Kalau TV masih hidup tetapi anda sudah mula perlukan paparan lebih besar, fungsi Smart TV yang lebih lengkap atau pengalaman menonton yang lebih baik, upgrade mungkin memang berbaloi.
Jangan upgrade semata-mata sebab barang lama nampak “old”. Upgrade bila ia sudah tidak lagi memenuhi keperluan anda.
Pilih Ikut Lifestyle, Bukan Ikut Trend Semata-Mata
Trend memang susah nak lawan. Hari ini orang tengah suka appliance minimalis. Esok keluar pula gadget baru. Minggu depan semua orang dah bercakap tentang teknologi lain. Tapi apa yang viral belum tentu sesuai untuk anda.
Kalau anda tinggal seorang, mungkin tak perlu appliance dengan kapasiti yang terlalu besar. Kalau anda ada keluarga yang ramai pula, kapasiti kecil mungkin hanya akan membuatkan anda perlu menggunakannya dalam beberapa batch.
Begitu juga dengan gadget. Kalau ada sejenis yang banyak menggunakan telefon untuk kerja, content creation atau gaming mungkin memerlukan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding seseorang yang hanya menggunakan telefon untuk WhatsApp, media sosial dan menonton video.
Jadi sebelum upgrade, fikir tentang cara anda hidup dan menggunakan produk tersebut, bukan semata-mata apa yang tengah trending.
Jangan Lupa Check Saiz & Ruang
Nampak macam perkara kecil, tetapi percayalah, saiz memang penting. Terutama untuk barang elektrik yang akan diletakkan di rumah seperti peti ais, mesin basuh, microwave, TV atau kitchen appliances. Jangan sampai dah excited beli barang baru, baru sedar: “Eh… muat ke benda ni?”
Sebelum membeli, ukur terlebih dahulu:
- Lebar ruang
- Ketinggian ruang
- Kedalaman
- Ruang untuk buka pintu atau drawer
- Kedudukan plug point
- Ruang pengudaraan jika diperlukan
- Laluan untuk membawa masuk barang
Untuk TV pula, jangan lupa pertimbangkan jarak antara sofa dengan skrin. Barang yang lebih besar tidak semestinya lebih sesuai. Yang penting ialah saiz yang ngam dengan ruang dan cara anda menggunakannya.
Tengok Penggunaan Tenaga, Bukan Harga Semata-Mata
Harga pembelian memang penting. Tapi jangan berhenti di situ. Untuk sesetengah appliance yang digunakan setiap hari, penggunaan tenaga juga boleh menjadi salah satu perkara yang wajar dipertimbangkan.
Contohnya, peti ais beroperasi sepanjang masa. Aircond pula mungkin digunakan selama beberapa jam sehari. Mesin basuh, dryer dan water heater juga boleh digunakan secara berkala.Jadi, bila membandingkan produk, cuba lihat juga aspek seperti: Energy efficiency, kapasiti, corak penggunaan dan fungsi.
Kira “Value” Yang Anda Dapat, Bukan Sekadar Harga
Okay, sekarang masuk bahagian yang paling penting sebelum tekan checkout. Jangan terus tengok harga dan pilih yang paling murah. Sebaliknya, bandingkan apa yang anda dapat untuk harga tersebut.
Perkara | Apa Yang Perlu Dilihat |
Harga | Adakah sesuai dengan bajet? |
Fungsi | Fungsi mana yang benar-benar anda perlukan? |
Kapasiti | Sesuai dengan jumlah pengguna? |
Ketahanan | Sesuai untuk penggunaan jangka panjang? |
Warranty | Apa perlindungan yang ditawarkan? |
Convenience | Adakah ia menjadikan rutin harian lebih mudah? |
Energy efficiency | Sesuai dengan corak penggunaan anda? |
Ini membantu anda membuat keputusan berdasarkan value, bukan sekadar nombor pada price tag. Sebab barang yang murah tetapi tidak sesuai dengan keperluan akhirnya mungkin membuatkan anda perlu beli yang lain.
Check Warranty & After-Sales Support
Last but definitely not least, jangan lupa warranty. Bila membeli barang elektrik, kita bukan hanya membeli produk. Kita juga mahu rasa lebih yakin selepas pembelian. Jadi, sebelum membeli, check:
- Berapa lama warranty?
- Apa yang dilindungi?
- Bagaimana proses warranty claim?
- Adakah terdapat support selepas pembelian?
- Adakah servis mudah diakses?
Ini lagi penting untuk appliance yang mungkin digunakan setiap hari. Contohnya, apabila membeli TV, peti ais, mesin basuh atau aircond, anda tentu mahukan lebih daripada sekadar produk. Sebab itu, warranty dan after-sales support wajar menjadi sebahagian daripada checklist anda sebelum membuat keputusan.
Pilih Yang Betul-Betul Berbaloi
Upgrade tak semestinya tentang barang paling baru atau paling mahal. Yang penting, barang yang dipilih mestilah sesuai dengan lifestyle, memenuhi keperluan dan berbaloi untuk jangka masa panjang.
Nak senang, beli je di Senheng, sebab di Senheng anda bukan sekadar membeli produk. Daripada pilihan barangan elektrik ,dan gadget yang pelbagai, warranty dan sokongan selepas jualan hinggalah kepada ganjaran untuk pembelian anda, semuanya ada di satu tempat.
Jadi, tak perlu susah-susah cari di banyak tempat. Nak upgrade TV, barang dapur, barang elektrik rumah atau gadget? Senheng ada apa yang anda perlukan, dengan lebih banyak pilihan dan lebih banyak manfaat untuk dinikmati.
Sebab itu, bila bercakap tentang upgrade yang berbaloi, bukan hanya apa yang anda beli, tetapi juga di mana anda membelinya dan apa yang anda dapat selepas pembelian. So tunggu apa lagi?Kunjungi Senheng terdekat anda hari ini atau klik senheng.com.my untuk info lanjut.
