My Rewards

Raya Dulu vs Raya Sekarang: Apa Yang Sebenarnya Berubah?

Setiap kali menjelang Aidilfitri, pasti ada satu dialog klasik: “Zaman mak dulu tak ada semua benda moden ni pun, elok je Raya.” Ayat itu tak salah. Tapi realitinya, zaman kita dulu dan sekarang memang berbeza. 

Topik Raya Dulu vs Raya Sekarang bukan tentang siapa lebih kuat atau lebih rajin. Ia tentang bagaimana setiap generasi menyesuaikan diri dengan cabaran zaman masing-masing. 

Raya Dulu: Semua Manual, Semua Perlu Tenaga

Generasi ibu bapa kita membesar dalam era serba sederhana. Tak ada dapur pintartak ada multicooker, penghawa dingin di setiap ruang dan macam-macam lagi peralatan moden yang ada sekarang tapi tak ada pada zaman dulu. Sebab itu lah semua benda kena buat manual contoh: 

  • Nak masak rendang kena kacau berjam-jam di dapur biasa 
  • Nak masak nasi kena guna rice cooker basic atau periuk atas api. Kalau yang betul old school tu dorang siap masak atas kayu arang lagi. 
  • Dulu nak gosok baju raya hanya ada seterika konvensional je
  • Rumah pula cuma ada kipas siling standard atau kipas meja je

Walaupun penatsemuanya dilakukan dengan sabar dan penuh ketelitian. Namunkita juga perlu akui, masa dulu bergerak lebih perlahanKomitmenkerja tidak sepadat hari ini. Tekanan kewangan dan gaya hidup juga berbeza.

Raya Sekarang: Masa Terhad, Komitmen Berganda

Hari ini, kebanyakan keluarga mempunyai dua sumber pendapatan. Suami dan isteri bekerja. Anak-anak bersekolah dan ada aktiviti tambahan. Oleh sebab itu, persiapan Raya perlu dilakukan dalam jadual yang sangat padat. 

Di sinilah peralatan elektrik rumah memainkan peranan besar dalam membantu persiapan Raya yang serba moden ni. Antara barangan elektrik yang dapat bantu korang dalam kerja harian adalah seperti: 

Keselesaan Rumah Keperluan Atau Kemewahan?

Kalau nak cakap tentang keselesaan sudah tentu ianya lebih kepada aspek keperluan. Tambah pula cuaca sekarang tak menentu. Kualiti udara juga menjadi isu semasa yang semakin mendapat perhatian. Kalau dulu kipas meja pasang level 1 sudah memadai, kini ramai memilih: 

Untitled design (5)

Generasi hari ini lebih peka terhadap kesihatan dan kualiti hidup. Apa yang dahulu dianggap kemewahan, kini menjadi keperluan asas. 

Jurang Generasi: Bukan Tentang Siapa Lebih Hebat

Perbezaan antara Raya dulu vs Raya sekarang bukanlah pertandingan. Generasi lama mengajar kita erti kesabaran dan ketekunan. Generasi sekarang belajar tentang kecekapan dan pengurusan masa. 

Tapi matlamatnya tetap sama, kedua- duanya mahukan Raya yang selesa, meriah dan bermakna untuk seisi keluarga.  

Lebih Bijak Belanja, Lebih Banyak Ganjaran

Nak dekat raya ni, kalau korang tengah cari barang elektrik rumah, atau nak upgrade kepada yang baru, korang boleh join kempen Untung Gila! Ada banyak barangan terpilih yang korang boleh beli dan dapat 70% S-Coin Cashback . Bukan tu je, sempena raya ni, kita juga ada kempen Goal! Untung Raya yang berlangsung dari 21 Februari hingga 30 April 2026, pelanggan bukan sahaja boleh dapat sehingga 70% S-Coin Cashback, malah berpeluang menyertai Contest Trip ke Mexico yang bernilai sehingga RM222,000. 

Macam mana nak serta? Korang hanya perlu belanja minimum RM1,000 dalam satu resit dan nama korang akan automatik masuk dalam list pemenang bertuah. Semakin tinggi jumlah korang beli dalam satu resit, semakin banyak peluang korang dapat! Shop sekarang dan jadi pemenang bertuah kami!

Leave a Reply