Dari Sofa Ke Stadium, Impian Setiap Peminat Bola!
Kalau tanya mana-mana peminat bola, kebanyakan daripada kita sebenarnya bermula dengan cara yang sama, iaitu tengok bola di rumah. Time tu lah anak beranak berkumpul sama-sama sambil duduk santai di sofa, TV besar depan mata, makanan ringan di tangan. Bila hampir gol je, terus menjerit satu rumah. Kadang-kadang sampai jiran pun boleh dengar sekali.
Walaupun hanya tengok dari rumah, perasaan debaran itu tetap ada. Ruang tamu pun boleh bertukar jadi macam mini stadium. Kalau tengok dengan keluarga atau kawan-kawan, suasana memang macam. Tapi jauh di sudut hati, hampir setiap peminat bola ada satu impian yang sama, nak tengok perlawanan bola secara live di stadium sebenar.
Tengok Di Rumah Lebih Santai Tapi Tetap Meriah
Menonton bola di rumah sebenarnya ada banyak kelebihan. Pertama sekali sudah tentu lebih selesa. Tak perlu bersesak, tak perlu beratur panjang dan boleh tengok perlawanan sambil duduk santai. Kalau terlepas gol pun tak risau, boleh terus tengok replay.
Dengan teknologi TV sekarang, pengalaman menonton pun semakin best. Skrin besar dan resolusi yang jelas buat kita rasa macam dekat dengan padang. Sebab itu ramai peminat bola masih memilih untuk menikmati perlawanan besar dari rumah.
Tengok Bola Di Stadium Feeling Lain Macam
Walaupun rumah selesa, pengalaman stadium memang susah nak lawan. Bayangkan berada di tengah-tengah puluhan ribu penyokong yang bersorak bersama. Setiap kali bola hampir masuk gol, seluruh stadium jadi senyap sekejap… kemudian meletup dengan sorakan.
Bendera berkibar, lagu pasukan bergema dan semua orang berkongsi emosi yang sama. Perasaan itu memang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Sebab itu ramai peminat bola letakkan menonton bola secara live di stadium sebagai salah satu pengalaman yang mereka mahu cuba sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
Impian Setiap Peminat Bola
Bagi peminat bola, perjalanan biasanya bermula dari ruang tamu rumah. Dari situ kita mula mengikuti pasukan kegemaran, menonton setiap kejohanan besar dan berkongsi kegembiraan atau kekecewaan bersama kawan-kawan. Lama-kelamaan, mesti akan terlintas satu soalan “Macam mana agaknya rasa tengok bola secara live di stadium?”.
Bagi mereka yang pernah merasainya, pengalaman itu memang susah dilupakan. Atmosfera stadium, sorakan penyokong dan debaran perlawanan secara langsung memberikan pengalaman yang jauh lebih mendalam.
Tonton Bola secara LANGSUNG!
Ada berita baik! Terutamanya kepada pencinta bola sepak! Sempena musim perayaan ini, Senheng sedang menjalankan kempen Goal! Untung Raya.
Melalui kempen ini, pelanggan yang membeli-belah di Senheng berpeluang memenangi pakej trip ke Mexico x6 pemenang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung!
Caranya pun mudah. Dengan pembelian minimum RM1,000 dalam satu resit, anda bukan sahaja boleh mendapatkan barangan elektrik idaman, malah berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi trip istimewa ini.
Siapa tahu, daripada sekadar menonton bola di sofa rumah, anda mungkin menjadi antara yang bertuah menyaksikan sendiri perlawanan bola sepak secara live di stadium sebenar di Mexico. Jangan tunggu lagi! Sertai kami sekarang sebelum 30 April ini.