Raya Tanpa Stress! Cara Bijak Urus Perbelanjaan
Musim Raya selalunya sinonim dengan perbelanjaan yang meningkat, mana tak nya, dari baju baharu, persiapan rumah, juadah istimewa hinggalah pembelian telefon bimbit atau barangan elektrik semuanya perlu disediakan.
Semangat nak sambut Aidilfitri memang tinggi. Tapi tanpa perancangan kewangan yang betul, keterujaan tu boleh bertukar jadi tekanan selepas habis musim perayaan.
Jadi, macam mana nak kekal bergaya tanpa menjejaskan kestabilan kewangan?
Bezakan Keperluan dan Kehendak Sebelum Berbelanja
Langkah pertama dalam pengurusan kewangan musim Raya adalah kenal pasti keperluan dan kehendak.
Tanya diri sendiri:
- Adakah benda yang dibeli ni betul-betul diperlukan?
- Beli ikut trend atau sekadar keinginan semasa?
Sebagai contoh, kalau telefon lama korang dah start problem atau mengganggu produktiviti kerja, keputusan untuk tukar kepada telefon yang baru mungkin satu keperluan. Tapi kalau ia masih berfungsi dengan baik, mungkin pembelian boleh ditangguhkan dulu.
Keputusan yang rasional membantu elakkan pembaziran dan perbelanjaan berlebihan.
Rancang Bajet Raya Lebih Awal
Perancangan bajet Raya sangat penting untuk pastikan aliran tunai kekal stabil. Antara kategori yang boleh diperuntukkan:
- Perbelanjaan dapur & juadah Raya
- Pakaian & persiapan keluarga
- Barangan elektrik atau gadget
- Duit raya & komitmen bulanan
Dengan bajet yang jelas, korang akan lebih mudah mengawal perbelanjaan dan mengelakkan pembelian impulsif.
Gunakan Kemudahan Pembayaran Secara Bertanggungjawab
Dalam era pembayaran fleksibel, kemudahan kredit boleh menjadi alat yang membantu pengurusan kewangan, sekiaranya digunakan secara bijak.
Pilih pelan pembayaran yang sesuai dengan kemampuan bulanan dan pastikan komitmen tidak melebihi had selesa. Pendekatan ini membolehkan korang dapat barangan yang diperlukan tanpa perlu mengeluarkan jumlah besar sekaligus.
Penggunaan kredit yang berhemah membantu mengekalkan keseimbangan kewangan, terutama dalam musim perbelanjaan tinggi seperti Raya.
Maksimumkan Ganjaran Setiap Kali Berbelanja
Kalau korang memang dah rancang untuk buat pembelian, pilihlah platform atau kemudahan pembayaran yang menawarkan nilai tambah seperti ganjaran, mata terkumpul atau baucar.
Perbelanjaan yang sama boleh jadi lebih berbaloi apabila disertakan dengan pulangan tambahan.
Ganjaran Eksklusif Untuk Pelanggan AEON Credit
Ada berita baik! Bersempena musim Raya ni, pelanggan AEON Credit boleh menikmati ganjaran eksklusif seperti:
Baucar RM100 untuk telefon bimbit terpilih. Bukan tu je! Kita juga ada kempen raya istimewa di mana korang boleh dapat hadiah Raya bernilai RM20,000 dan nikmati Mata Ganjaran AEON untuk 1,000 pelanggan pertama.
Kalau korang memang tengah rancang perbelanjaan, ini peluang untuk menjadikan perbelanjaan korang lebih bernilai tanpa perlu berbelanja secara berlebihan. So kalau berminat nak join kempen ni atau nak tahu lebih lanjut tentang AEON Credit, korang boleh klik sini untuk info lanjut.