Collaborations

Resepi Juadah Berbuka Puasa: Idea Mudah, Sihat & Jimat Masa!

Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang menekankan kesederhanaan, kebersamaan dan keikhlasan. Namun, bagi kebanyakan keluarga, waktu berbuka puasa juga boleh menjadi saat paling mencabar, terutamanya apabila perlu menyediakan hidangan lengkap selepas seharian bekerja dan berpuasa. Perancangan yang tidak teratur serta kekangan masa sering menyebabkan tekanan di dapur, sedangkan tujuan berbuka adalah untuk menikmati hidangan dengan tenang bersama keluarga. 

Blog ini disediakan untuk membantu anda merancang resepi juadah berbuka puasa yang mudah, seimbang dan praktikal tanpa mengorbankan rasa. Dengan pemilihan menu yang sesuai serta bantuan peralatan dapur moden, anda boleh menyediakan hidangan berbuka dengan lebih efisien. Daripada lauk berkuah, snek panas, minuman segar sehinggalah hidangan bakar, semua boleh dilakukan dengan lebih teratur agar Ramadan kali ini lebih bermakna dan tidak memenatkan. 

 

Bagaimanaa Nak Rancang Juadah Berbuka Puasa Yang Mudah Tapi Mengenyangkan Sepanjang Ramadan?

Perancangan juadah berbuka puasa yang baik bermula dengan pemilihan menu yang ringkas tetapi seimbang dari segi nutrisi. Fokus kepada hidangan yang menyediakan tenaga segera seperti protein, karbohidrat kompleks dan serat, tanpa terlalu berminyak atau berat. Untuk menjimatkan masa, senaraikan menu mingguan lebih awal dan sediakan bahan asas seperti perapan ayam, sos dan bahan kisar pada hujung minggu. 

Penggunaan peralatan dapur pelbagai fungsi juga membantu mengurangkan kebergantungan kepada dapur gas dan menjimatkan masa memasak. Periuk elektrik, air fryer dan blender berkelajuan tinggi membolehkan beberapa hidangan disediakan serentak tanpa pengawasan berlebihan. Apabila aliran kerja di dapur lebih tersusun, proses memasak menjadi lebih lancar dan menyeronokkan. Dengan perancangan yang bijak, resepi juadah berbuka bukan lagi satu beban, sebaliknya menjadi rutin yang lebih tenang dan teratur sepanjang Ramadan. 

 

Sup Ayam Berempah

Sup ayam merupakan hidangan klasik berbuka puasa kerana ia mudah dihadam dan membantu mengembalikan tenaga selepas seharian berpuasa. 

5

Dengan menggunakan 6L Effi Cook Multicooker, pilih fungsi “Soup” atau “Slow Cook” dan biarkan sup mereneh selama 45 hingga 60 minit. Multicooker ini memastikan haba diedarkan secara sekatamenghasilkan sup yang jernih dengan isi ayam yang lembut dan berjus. Sup ini boleh disediakan lebih awal dan dipanaskan semula sebelum berbuka. Menu simple ini sangat sesuai untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak dan warga emas. 

 

Apakah Minuman Berbuka Puasa Yang Menyegarkan Dan Mudah Disediakan Di Rumah?

Minuman berbuka puasa memainkan peranan penting dalam menghidrat tubuh selepas seharian menahan dahaga. Pilihan terbaik adalah minuman yang rendah gula tetapi kaya dengan vitamin dan mineral semula jadi daripada buah-buahan segar. Elakkan minuman terlalu manis kerana ia boleh menyebabkan keletihan selepas berbuka. 

Dengan bantuan peralatan dapur moden seperti juicer atau blender berkelajuan tinggi, anda boleh menyediakan minuman sihat dalam masa yang singkat. Proses penyediaan yang ringkas ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memastikan nutrien buah tidak hilang. Minuman buatan sendiri juga lebih bersih dan boleh disesuaikan mengikut citarasa keluarga. Menjadikan minuman segar sebagai rutin berbuka membantu tubuh kekal bertenaga sepanjang malam dan menyokong kesihatan sepanjang Ramadan.

 

Jus Tembikai & Oren Segar

6

Untuk minuman berbuka yang menyegarkan, jus tembikai dan oren adalah pilihan ideal kerana kandungan airnya yang tinggi 

Mesin buah 350W Frutelia Plus Juicer ini mengekstrak jus dengan cekap tanpa memerlukan gula tambahan. Hasil jus yang segar dan sejuk membantu menghilangkan dahaga dengan pantas serta membekalkan vitamin C secara semula jadi. Juicer ini juga mudah dibersihkan, sesuai untuk kegunaan harian sepanjang Ramadan.  

Hidangkan jus ini sebaik sahaja berbuka untuk kesan hidrasi maksimum. Ia bukan sahaja menyegarkan, malah membantu menyediakan sistem pencernaan sebelum menikmati hidangan utama, menjadikannya minuman berbuka puasa yang sihat dan praktikal. 

 

Bagaimana Menyediakan Snek Panas Berbuka Puasa Tanpa Menggunakan Minyak Berlebihan?

Snek panas seperti kuih atau makanan bergoreng sering menjadi kegemaran ketika berbuka puasa. Namun, penggunaan minyak berlebihan boleh menyebabkan rasa berat dan tidak selesa selepas makan. Alternatif terbaik adalah menggunakan kaedah air-frying yang memerlukan minyak minimum tetapi masih mengekalkan tekstur rangup. 

Air fryer moden membolehkan snek disediakan dengan lebih sihat tanpa mengorbankan rasa. Ia juga memendekkan masa memasak dan mengurangkan kerja pembersihan dapur. Dengan suhu yang konsisten, snek boleh dimasak dengan sekata tanpa perlu sentiasa dipantau. Ini menjadikan air fryer antara peralatan dapur paling praktikal untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang lebih sihat dan sesuai dinikmati oleh seluruh keluarga. 

Popia Gulung Ayam Rangup

7

Tetapkan suhu pada 180°C dan masak selama 12 hingga 15 minit dengan menggunakan 4L Glass Air Fryer sehingga popia bertukar keemasan dan rangup. Bekas kaca lutsinar memudahkan anda memantau tahap kematangan tanpa me buka penutup Snek ini sesuai dihidangkan sebagai pembuka selera berbuka puasa 

 

Mengapa Hidangan Bakar Sesuai Dijadikan Menu Utama Berbuka Puasa?

Hidangan bakar adalah pilihan seimbang untuk berbuka puasa kerana ia menggunakan kurang minyak tetapi masih kaya dengan rasa. Proses membakar membantu mengunci jus dalam daging dan menghasilkan tekstur yang lembut serta aroma yang menyelerakan. Ia juga sesuai untuk hidangan keluarga kerana boleh dimasak dalam kuantiti lebih besar. 

Dengan menggunakan ketuhar elektrik moden, anda boleh mengawal suhu dan masa dengan lebih tepat. Ini memastikan makanan dimasak secara sekata tanpa risiko hangus. Hidangan bakar juga boleh disediakan lebih awal dan dipanaskan semula tanpa menjejaskan rasa, menjadikannya pilihan praktikal untuk jadual Ramadan yang padat. 

Ayam Panggang Rempah Berjus

8

Tetapkan suhu 190°C pada 10L Electric Oven FEO Ivory dan bakar selama 35 hingga 45 minit sehingga ayam masak sempurna dan berwarna keem sanKapasiti oven yang besar membolehkan ayam dipanggang sekata tanpa perlu dibalikkan terlalu kerap. Hasilnya ayam yang lembut, berjus dan penuh aroma. Hidangan ini sesuai dijadikan menu utama berbuka puasa yang mengenyangkan dan boleh dinikmati bersama nasi atau roti. 

 

Bersedia Menyediakan Juadah Berbuka Puasa dengan Lebih Tenang?

Juadah berbuka puasa tidak perlu rumit untuk menjadi istimewa. Dengan resepi ringkas, perancangan awal, dan bantuan peralatan elektrik kecil seperti blender, air fryer, dan periuk elektrik, penyediaan hidangan boleh dilakukan dengan lebih cepat dan teratur. Ini membolehkan suri rumah menikmati masa berbuka bersama keluarga tanpa stres.  

Kalau anda nak cari lebih banyak produk yang boleh bantu anda di dapur, jom sertai kempen Untung Gila kami dan dapatkan produk indaman anda dengan pulangan berbaloi sehingga 100% S-Coin Cashaback! Klik sini untuk info lanjut.  

Leave a Reply