Beli Barang Elektrik Dengan Lebih Yakin, Dapat Lebih Ganjaran!
Pernah tak anda bayangkan mesin basuh tiba-tiba rosak selepas beberapa bulan digunakan? Atau peti sejuk di rumah mula kurang sejuk, sedangkan makanan di dalamnya masih banyak? Aduh, memang boleh pening kepala kalau terpaksa keluarkan duit tambahan untuk kos pembaikan!
Sebab itulah penting untuk kita ambil tahu tentang waranti sebelum membeli barangan elektrik. Bukan sekadar melihat harga dan spesifikasi produk, tempoh serta jenis waranti juga antara perkara yang patut dipertimbangkan.
Lebih menarik, di Senheng anda bukan sahaja boleh menikmati perlindungan waranti tambahan, malah berpeluang mendapatkan ganjaran melalui pembelian terpilih. Jom tengok apa yang anda perlu tahu!
Kenapa Waranti Penting Bila Nak Beli Barang Elektrik?
Waranti ialah perlindungan yang diberikan oleh pengeluar atau penyedia waranti sekiranya produk mengalami kerosakan tertentu dalam tempoh yang ditetapkan. Mudah kata, jika produk mengalami masalah yang termasuk dalam perlindungan waranti, anda boleh mendapatkan bantuan pembaikan atau penggantian mengikut terma yang berkenaan.
Antara sebab kenapa waranti penting:
- Kurangkan kos yang tidak dijangka: Anda mungkin tidak perlu menanggung sendiri kos pembaikan bagi kerosakan yang dilindungi.
- Lebih tenang ketika menggunakan produk: Tak perlu terlalu risau sekiranya berlaku masalah dalam tempoh perlindungan.
- Lebih berbaloi untuk jangka panjang: Perlindungan yang sesuai membantu anda menjaga nilai pembelian, terutamanya bagi barangan elektrik yang digunakan setiap hari.
Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli?
Sebelum membuat keputusan, jangan lupa semak beberapa perkara berkaitan waranti. Ini kerana bukan semua waranti menawarkan perlindungan yang sama.
- Tempoh waranti
Semak berapa lama produk dilindungi. Kebanyakan produk mempunyai tempoh waranti pengeluar yang berbeza mengikut jenama, model dan kategori produk.
- Waranti keseluruhan produk atau komponen?
Ini antara perkara yang ramai terlepas pandang! Sesetengah produk menawarkan tempoh waranti yang lebih panjang untuk komponen tertentu sahaja, seperti motor atau compressor.
Contohnya, sesebuah peti sejuk mungkin mempunyai waranti keseluruhan unit selama satu tahun, tetapi compressor pula dilindungi untuk tempoh yang lebih panjang. Jadi, pastikan anda membaca butiran waranti dan bukan hanya melihat angka tahun yang tertera.
- Apa yang termasuk dalam perlindungan?
Semak jenis kerosakan yang dilindungi dan pengecualian yang dinyatakan. Kerosakan akibat penggunaan yang tidak betul atau kemalangan, contohnya, mungkin tidak termasuk dalam perlindungan biasa.
Di Senheng Kami Menawarkan 2 Pilihan Waranti
Nak lebih yakin selepas membeli barangan elektrik? Senheng menyediakan dua pilihan perlindungan yang boleh memberikan ketenangan tambahan kepada pelanggan.
- Jaminan Tambahan 1 Tahun Percuma
Nak waranti lebih panjang tanpa perlu risau tentang tempoh perlindungan asal? Melalui Jaminan Tambahan 1 Tahun Percuma, ahli PlusOne yang layak boleh menikmati satu tahun tambahan untuk waranti selepas tamat tempoh waranti pengeluar.
Sebagai contoh, jika produk anda mempunyai waranti pengeluar selama satu tahun, anda boleh menikmati jumlah perlindungan sehingga dua tahun dengan tambahan waranti ini. Mudah sahaja, anda mendapat satu tahun perlindungan tambahan untuk menikmati penggunaan produk dengan lebih yakin!
- Waranti Penggantian 1-1
Kalau produk mengalami kerosakan yang dilindungi, mestilah kita berharap ada penyelesaian yang mudah kan? Dengan Jaminan Penggantian 1-1, pelanggan yang mempunyai perlindungan ini boleh menikmati penggantian produk sekiranya berlaku kerosakan elektrik atau mekanikal yang memenuhi syarat waranti. Senang kata, kalau barang anda rosak, Senheng akan tukar terus dengan produk yang baru.
Penggantian adalah tertakluk pada penilaian, kontrak dan terma yang ditetapkan. Tempoh perlindungan juga bergantung pada pelan yang dipilih. Jadi, selain waranti pengeluar, anda boleh mempertimbangkan pilihan perlindungan tambahan ini ketika membeli barangan elektrik di Senheng.
Bukan Sekadar Waranti, Ganjaran Sehingga 100% S-Coin Cashback Pun Ada!
Dah tahu kepentingan waranti? Sekarang masa untuk menikmati lebih banyak keuntungan ketika membeli-belah! Menerusi kempen Untung Gila, anda berpeluang menikmati sehingga 100% S-Coin Cashback untuk produk terpilih.
Ini bermakna, bukan sahaja anda boleh mendapatkan barangan elektrik dengan pilihan perlindungan waranti yang bersesuaian, malah pembelian terpilih juga memberikan peluang untuk mengumpul S-Coin sebagai ganjaran bagi penebusan seterusnya.
Kalau anda nak tahu produk apa yang anda boleh beli dan dapatkan waranti serta ganjaran yang lumayan, anda boleh join kempen Untung Gila . Macam-macam pilihan produk ada, siap dapat ganjaran S-Coin lagi, confirm puas hati!
So, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barangan elektrik pilihan anda dengan ganjaran dan tawaran yang lebih menarik. Kunjungi Senheng atau layari laman web kami untuk info lanjut.
