4 Barang Wajib Bawa Sebelum Tengok Perarakan Merdeka! ️
Merdeka datang lagi! Kalau setiap tahun anda memang jenis yang sanggup bangun awal, bersiap dan keluar rumah semata-mata nak tengok Perarakan Merdeka secara live, anda memang tahu satu perkara, suasana memang meriah, tapi cuaca panas pun bukan main lagi.
Bayangkan dah berdiri lama tunggu perarakan bermula, crowd makin ramai, matahari makin terik… tiba-tiba baru teringat, “Eh, kenapa aku tak bawa kipas tadi?”
Sebab itu, sebelum keluar rumah, bukan sekadar outfit dan Jalur Gemilang yang perlu disediakan. Ada beberapa barang kecil yang boleh buat pengalaman anda sepanjang perarakan jadi jauh lebih selesa.
Jadi, sebelum anda melangkah keluar untuk sambut Merdeka, pastikan 4 barang ini masuk dalam beg!
Handheld Fan : Penyelamat Bila Matahari Terik
Kalau ada satu barang yang paling berpotensi jadi best friend anda sepanjang perarakan, jawapannya mungkin handheld fan. Cuaca Malaysia memang tak boleh dijangka, pagi-pagi mungkin nampak redup, tapi bila matahari dah naik, lain macam pula bahangnya. Tambah pula bila perlu berdiri dalam crowd yang ramai.
Dengan handheld fan, anda boleh dapatkan aliran angin secara peribadi tanpa perlu mencari tempat teduh setiap masa. Saiznya juga lebih mudah dibawa berbanding kipas biasa.
Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah JISULIFE Handheld Fan Pro 1, yang menggunakan bateri 3,600mAh dan menawarkan sehingga 2–12 jam penggunaan bergantung pada tahap kelajuan. Model ini juga mempunyai paparan LED untuk melihat tahap bateri dan kelajuan angin.
Kalau anda mahukan pilihan lain, boleh juga tengok Ultra 1 Handheld Fan atau Jincase JF79 Handheld Fan.
Cas penuh handheld fan sebelum keluar rumah. Jangan sampai tengah perarakan, kipas pula yang perlukan rehat.
Tumbler : Minum Lebih Banyak untuk Kekal Hidrasi!
Barang kedua yang nampak simple, tapi sebenarnya sangat penting ialah tumbler. Bila berada di luar untuk beberapa jam, mudah untuk kita terlupa minum air kerana terlalu fokus tengok perarakan, ambil gambar atau mencari spot terbaik.
Sebab itu, lebih senang kalau bawa air sendiri dalam tumbler. Boleh isi sebelum keluar rumah dan bawa sepanjang perjalanan.
Untuk yang ada anak kecil atau yang suka sesuatu yang cute dan fun, Montigo 18OZ Disney Tsum Tsum Frozen Ace Bottle Medium boleh jadi pilihan. Montigo juga mempunyai pelbagai pilihan botol dan tumbler yang boleh disesuaikan dengan gaya masing-masing.
Kalau anda lebih suka kapasiti yang besar untuk aktiviti outdoor, Joyoung 750ML Vacuum Bottle Serene Series juga boleh dipertimbangkan. Untuk coffee lovers pula, ada Joyoung 480ML Feel Free Series Vacuum Coffee Cup. Sambil-sambil tengok perarakan boleh layan coffee.
Nak sesuatu yang nampak lebih minimal dan stylish? Sidagar 710ML Ceramic Insulated Cup boleh masuk dalam senarai.
Power Bank : Bateri Phone Wajib Ada Sentiasa
Sekarang kita pergi kepada satu lagi masalah yang sangat relatable. Bateri telefon 10% sedangkan perarakan baru nak mula. Nak ambil gambar tak boleh. Nak rakam video risau bateri habis. Nak buka Google Maps pun kena fikir dua kali. Sebab itu, power bank memang antara barang wajib masuk dalam beg kalau anda merancang untuk berada di luar dalam tempoh yang lama.
Antara pilihan yang ada ialah Energea MagPac Mini Magnetic Power Bank 10000mAh. Kapasiti 10,000mAh menjadikannya pilihan yang praktikal untuk dibawa ketika anda perlukan sumber kuasa tambahan sepanjang hari.
Kalau anda lebih suka sesuatu yang compact dan mudah digunakan bersama peranti yang menyokong pengecasan magnetik, Belkin BoostCharge Magnetic Wireless Power Bank 5K + Stand juga menarik untuk dimiliki.
Energea pula sesuai untuk mereka yang mahukan kapasiti lebih besar dalam satu power bank. Jadi, pilihan boleh dibuat berdasarkan cara penggunaan dan peranti anda.
Jangan lupa cas power bank juga. Power bank tanpa bateri cuma… aksesori.
Smartphone : Abadikan Setiap Momen Merdeka!
Last sekali, sudah tentu smartphone. Perarakan Merdeka bukan setiap hari. Jadi bila dah sampai, mestilah nak ambil gambar Jalur Gemilang, rakam video perarakan, selfie dengan family dan mungkin buat content untuk media sosial.
Sebab itu, smartphone dengan kamera yang baik dan storage yang mencukupi boleh jadi teman yang sangat berguna sepanjang hari.
Kalau anda mahukan pengalaman smartphone yang lebih premium dan multitasking, Samsung Galaxy Z Fold7 menawarkan reka bentuk foldable yang memberikan pengalaman skrin lebih besar apabila dibuka. Samsung turut mengetengahkan siri Z Fold7 dan Z Flip7 sebagai sebahagian daripada rangkaian foldable mereka.
Untuk yang mahukan smartphone dengan reka bentuk lebih compact apabila dilipat, anda boleh pilih Samsung Galaxy Z Flip7.
Kalau anda pula lebih suka smartphone yang praktikal untuk kegunaan harian, OPPO Reno16 F 5G boleh masuk dalam senarai pilihan.
Kalau semua dah ada, bolehlah gerak dengan lebih yakin! Dan jangan lupa beberapa benda asas lain seperti topi, sunscreen, kasut yang selesa dan pakaian yang ringan. Kalau datang bersama keluarga, pastikan anak-anak dan warga emas juga selesa sepanjang berada di luar.
Merdeka Lebih Syok Bila Dah Ready!
Menonton Perarakan Merdeka secara live memang ada pengalaman yang berbeza. Suasana crowd, kibaran Jalur Gemilang, bunyi sorakan dan semangat patriotik memang susah nak dapat kalau tengok dari skrin sahaja.
Cuma, jangan sampai terlalu excited nak tengok perarakan sampai lupa perkara paling basic. Kalau ada barang yang masih belum cukup, bolehlah kunjungi cawangan Senheng berdekatan atau layari www.senheng.com.my untuk cari pelbagai pilihan produk dan jenama yang sesuai dengan keperluan anda.
Daripada gadget dan aksesori hinggalah TV, aircond, peti sejuk, mesin basuh, peralatan dapur dan pelbagai barangan elektrik lain, memang banyak pilihan untuk melengkapkan rumah dan gaya hidup anda. Lagi best, shopping di Senheng bukan sekadar bawa pulang barang yang anda perlukan. Anda juga boleh dapat S-Coin Cashback melalui pembelian yang layak dan kumpulkan ganjaran untuk ditebus kemudian.
Jadi, nak cari Merdeka survival kit atau memang dah lama aim nak upgrade barang elektrik di rumah, Senheng boleh jadi destinasi anda.
