Collaborations

Selamat Ulang Tahun Ke-37! Giliran Anda untuk Hargai Diri Sendiri

Sepanjang 37 tahun, kita tak pernah berhenti bagi yang terbaik untuk insan yang kita sayang. 

Selama 37 tahun ni juga, Senheng sangat berbesar hati sebab dapat jadi sebahagian daripada pelbagai momen dalam kehidupan rakyat Malaysia. Daripada televisyen lama yang menjadi teman seisi keluarga, hinggalah kepada peralatan elektrik pintar yang memudahkan kehidupan kita hari ini. 

Dulu, mungkin kita datang ke kedai dengan ibu dan ayah. Sekarang, kita pula yang datang sendiri untuk melengkapkan keperluan keluarga kecil kita. Masa berlalu dan banyak juga perkara yang dah berubah, tapi ada satu perkara yang tetap sama, kita sentiasa nak bagi yang terbaik untuk orang yang kita sayang. 

Setiap hari, kita mungkin lebih fikirkan keperluan anak-anak, ibu ayah atau adik beradik yang lain dengan memberikan hadiah istimewa dan terbaik untuk mereka. Sebagai contoh, kalau nak belikan peti sejuk untuk ibu ayah, kita mesti akan carikan peti sejuk yang lebih menjimatkan tenaga, supaya mereka lebih selesa tanpa perlu membayar bil elektrik yang tinggi,  

Tapi dalam sibuk menjaga dan menggembirakan hati semua orang, agak-agak bila kali terakhir kita gembirakan diri sendiri? 

Dalam tak sedar, diri kita sendiri pun sebenarnya perlu diraikan. Tak semestinya kena tunggu hari jadi atau ada sebab tertentu je. Kadang-kadang, sesuatu yang kita anggap kecil tu dah cukup untuk buat hari biasa terasa lebih istimewa. 

Sempena ulang tahun Senheng ke-37, tahun ini Senheng bawa sedikit kelainan untuk anda semua, kita bukan sekadar meraikan keluarga dan insan tersayang, tetapi meraikan anda juga.  

Copy of Hanging Mobile (SH) - BM 2_ x 6_ with 2cm creasing line_Hanging Mobile-Front

Dengan tema “Hadiah Anda, Pilihan Anda”, Senheng mengajak anda semua untuk membuka sedikit ruang untuk diri sendiri. Memandangkan selama ni anda dah banyak mendahulukan keperluan orang lain, apa kata kali ini pilih sesuatu yang memang anda sendiri dah lama nak. 

Bermula hari ini sehingga 30 November 2026, nikmati pelbagai promosi istimewa sempena Sambutan Ulang Tahun Senheng ke-37. Antaranya, anda boleh dapatkan 37% S-Coin Cashback untuk pelbagai barangan elektrik dan peralatan rumah terpilih seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara dan banyak lagi. 

37% S-Coin Cashback, Boleh Dapat Berapa Je? 

Okay, ini part yang paling menarik! Bayangkan anda beli sebuah televisyen terpilih bernilai RM3,000. Dengan 37% S-Coin Cashback, anda berpeluang untuk dapatkan RM1,110 cashback dalam bentuk S-Coin!  

Lepas tu, S-Coin yang dah terkumpul tu anda boleh guna untuk pembelian seterusnya supaya anda boleh jimat lebih banyak. Nak tebus produk pun boleh! Anda boleh pilih lebih daripada 2,400 produk terpilih di cawangan Senheng atau melalui Aplikasi Senheng. 

Daripada penapis udara, peralatan dapur hinggalah kepada pelbagai barangan elektrik lain, banyak pilihan yang boleh anda tebus menggunakan S-Coin Cashback tersebut. Jadi, setiap kali berbelanja, anda bukan sahaja dapat barang yang diperlukan, malah boleh nikmati lebih banyak nilai daripada pembelian anda. 

Jadi Ahli PlusOne untuk Lebih Faedah! 

Nak kumpul S-Coin Cashback? Anda hanya perlu jadi ahli PlusOne Senheng. Sebagai ahli PlusOne, anda boleh kumpul S-Coin Cashback melalui pembelian produk terpilih di cawangan Senheng atau menerusi Aplikasi Senheng. 

Bila dah kumpul, S-Coin Cashback tersebut boleh digunakan seperti wang tunai untuk kurangkan jumlah bayaran untuk pembelian yang akan datang. Atau, anda boleh gunakan S-Coin tersebut untuk tebus pelbagai ganjaran eksklusif yang tersedia. 

Senang cerita, beli sekarang, kumpul S-Coin dan guna untuk jimat pada pembelian seterusnya.  

Dengan 100 cawangan di seluruh negara, kemudahan membeli-belah secara dalam talian dan pengalaman lebih 37 tahun dalam industri, Senheng sentiasa berusaha menjadikan momen membeli-belah anda lebih mudah. 

RM5 Juta Baucar Membeli-belah Menanti Anda! 

Copy of Hanging Mobile (SH) - BM 2_ x 6_ with 2cm creasing line_Hanging Mobile-Back

Selain S-Coin Cashback, Senheng juga menawarkan baucar membeli-belah bernilai RM5 Juta beserta pelbagai faedah tambahan mengikut pilihan kaedah pembayaran.  

  • 🎁 RM5 Juta Baucar Membeli-Belah* 

Anda berpeluang memenangi baucar membeli-belah dan bawa pulang lebih banyak produk kegemaran! 

  • 💳 Pelan Ansuran Mudah AEON Credit* 

Buat pembayaran dengan Pelan Ansuran Mudah AEON Credit dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000! 

  • 💰 RM100 Pulangan Tunai Segera* 

Belanja minimum RM1,000 menggunakan Kad UOB dan nikmati RM100 pulangan tunai segera*. 

  • 🛍️ 0% Pelan Ansuran Sehingga 60 Bulan 

Nikmati pilihan bayaran yang lebih fleksibel mengikut bajet anda dan miliki barangan idaman dengan lebih mudah tanpa risau. 

  • 🛡️1 Tahun Jaminan Percuma*  

Nikmati satu tahun jaminan tambahan secara percuma supaya anda boleh dapatkan ketenangan minda untuk tempoh yang lebih lama. 

Kerana Anda Pun Layak Dapat Hadiah  

Kita selalu sibuk fikir apa yang terbaik untuk orang lain. Nak belikan hadiah untuk keluarga, lengkapkan keperlua  rumah atau pastikan orang tersayang sentiasa cukup. Sampai kadang-kadang, kita terlupa nak fikir tentang diri sendiri.  

Anda pun layak untuk memiliki sesuatu yang boleh buat anda tersenyum.  

Sempena ulang tahun ke-37 Senheng, kali ini biar anda sendiri yang pilih hadiahnya. Dah lama teringin nak upgrade televisyen? Nak lengkapkan rumah dengan peralatan elektrik baharu? Atau ada teknologi terkini yang memang dah lama masuk dalam wishlist? 

Apa pun yang anda inginkan, pilihlah sesuatu yang memang anda suka. Sebab kali ni, tak perlu tunggu orang lain pilihkan hadiah untuk anda. Anda sendiri yang tentukan. 

“Hadiah Anda, Pilihan Anda” 

Sambutan Ulang Tahun ke-37 Senheng dah start! Nak tahu lebih lanjut tentang promosi dan tawaran yang ada? Layari www.senheng.com.my 

Leave a Reply