Collaborations

Aircond Dah On Tapi Tak Sejuk? Mungkin Ini Puncanya!

Bayangkan selepas seharian bekerja dalam cuaca panas, anda balik ke rumah dengan harapan nak berehat dalam suasana yang nyaman. Tapi bila on aircond , bilik masih terasa bahang walaupun dah lama menunggu. 

Situasi ini memang boleh buat rasa tidak selesa. Ramai pengguna terus menyangka masalah berpunca daripada gas aircond yang habis, sedangkan terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan aircond tidak sejuk walaupun sudah dihidupkan. 

Sebelum anda terus fikir untuk tukar aircond baharu, ambil tahu dulu beberapa punca biasa yang mungkin menyebabkan masalah ini berlaku. 

Penapis Aircond Kotor Menyebabkan Aliran Udara Terhalang 

Antara sebab paling biasa aircond kurang sejuk ialah penapis udara yang dipenuhi habuk. Apabila penapis tidak dibersihkan secara berkala, udara sejuk sukar mengalir keluar dengan baik. Akibatnya, aircond perlu bekerja lebih keras untuk menyejukkan ruang dan ini boleh menyebabkan penggunaan tenaga meningkat. 

Untuk memastikan aircond kekal berfungsi dengan baik, pastikan penapis dibersihkan secara berkala, terutama jika aircond digunakan setiap hari. 

Tetapan Suhu Aircond Tidak Sesuai 

Kadangkala masalah bukan berpunca daripada kerosakan aircond, tetapi cara penggunaannya. Ramai beranggapan menetapkan suhu paling rendah akan membuatkan bilik lebih cepat sejuk. Namun, suhu yang terlalu rendah tidak semestinya memberikan penyejukan lebih pantas. 

Untuk penggunaan harian, suhu sekitar 24°C hingga 26°C biasanya lebih selesa dan membantu aircond beroperasi dengan lebih efisien. 

Saiz HP Aircond Tidak Sesuai Dengan Ruang 

Pernah rasa aircond macam dah lama dipasang tetapi bilik masih tidak cukup sejuk? Mungkin kapasiti horsepower (HP) tidak sesuai dengan keluasan ruang tersebut. 

Aircond yang terlalu kecil untuk ruang yang besar perlu bekerja lebih lama untuk mencapai suhu yang diinginkan. Sebaliknya, memilih kapasiti yang sesuai membantu proses penyejukan menjadi lebih cepat dan lebih efektif. 

Saiz Ruang 

Cadangan Kapasiti Aircond 

Bilik tidur kecil 

1.0HP 

Bilik utama / ruang sederhana 

1.5HP 

Ruang tamu lebih luas 

2.0HP 

Ruang terbuka atau besar 

2.5HP 

 Aircond Lama Mungkin Tidak Lagi Cekap 

Walaupun aircond lama masih boleh digunakan, prestasinya mungkin tidak lagi sama seperti ketika pertama kali dibeli. 

Komponen dalaman seperti compressor boleh mengalami penurunan prestasi selepas bertahun-tahun digunakan. Ini menyebabkan aircond mengambil masa lebih lama untuk sejuk dan menggunakan lebih banyak tenaga. 

Antara tanda aircond anda mungkin perlu diganti: 

Tanda-Tanda 

Kemungkinan Masalah 

Lambat sejuk 

Prestasi penyejukan menurun 

Bil elektrik meningkat 

Penggunaan tenaga semakin tinggi 

Kerap rosak 

Komponen dalaman mula bermasalah 

Bunyi semakin kuat 

Terdapat isu pada unit 

Kerap tambah gas 

Mungkin ada masalah kebocoran 

Jika kos membaiki semakin kerap, membeli aircond baharu mungkin menjadi pilihan lebih berbaloi untuk jangka panjang. 

 Pilih Aircond Inverter Untuk Keselesaan Lebih Baik 

Jika anda sedang merancang untuk menukar aircond baharu, teknologi inverter boleh menjadi pilihan yang lebih sesuai untuk penggunaan harian. 

Berbeza dengan aircond biasa, aircond inverter mampu melaraskan kelajuan compressor mengikut keadaan suhu bilik. Ini membantu mengekalkan suhu yang lebih stabil, operasi lebih senyap dan penggunaan tenaga yang lebih efisien. 

Antara pilihan aircond inverter yang boleh dipertimbangkan: 

Model 

Kapasiti 

Sesuai Untuk 

TCL 1.0HP Inverter Air Conditioner 

1.0HP 

Bilik kecil 

TCL 1.5HP Inverter Air Conditioner 

1.5HP 

Bilik utama 

Midea 1.0HP AIRSTILL INVERTER 

1.0HP 

Ruang kecil 

Midea 1.5HP AIRSTILL INVERTER 

1.5HP 

Ruang sederhana 

Hisense 1.5HP Inverter Air Conditioner 

1.5HP 

Kegunaan keluarga 

TCL 1.0HP Gentle Cool Pro Inverter 

1.0HP 

Bilik tidur 

TCL 1.5HP Gentle Cool Pro Inverter 

1.5HP 

Ruang sederhana 

TCL 2.0HP Gentle Cool Pro Inverter 

2.0HP 

Ruang tamu 

TCL 2.5HP Gentle Cool Pro Inverter 

2.5HP 

Ruang besar 

 Bila Masa Sesuai Untuk Tukar Aircond Baharu? 

Ramai pengguna hanya akan menggantikan aircond apabila ia sudah rosak sepenuhnya. Namun, menunggu sehingga saat terakhir mungkin menyebabkan kos pembaikan menjadi lebih tinggi. 

Pertimbangkan untuk tukar baharu jika: 

  • Aircond semakin kerap rosak.  
  • Bil elektrik semakin meningkat.  
  • Ruang masih tidak sejuk walaupun sudah diservis.  
  • Aircond sudah digunakan bertahun-tahun.  

Dengan model baharu yang lebih cekap tenaga, anda bukan sahaja dapat menikmati ruang yang lebih nyaman, malah boleh menikmati penjimatan untuk penggunaan jangka panjang. 

Dapatkan Aircond Impian Dengan Ganjaran Lebih Berbaloi

Ada plan untuk mencari aircond baharu untuk rumah anda ? Ini masa paling ngam untuk upgrade! Join kempen Untung Gila dan dapatkan aircond pilihan anda dengan 30% S-Coin Cashback.  

Jadikan setiap pembelian lebih berbaloi dengan menikmati rumah yang lebih sejuk dan selesa, sambil membawa pulang lebih banyak ganjaran. 

Jangan tunggu sampai aircond anda dah betul-betul tak boleh berfungsi baru nak beli baru. Pilih aircond yang sesuai dengan keperluan anda dan nikmati keselesaan baharu hari ini! Kunjungi Senheng.com.my untuk info lanjut.  

Leave a Reply