Tips Pilih Laptop Untuk Mahasiswa: Apa Yang Perlu Anda Tahu?
Tahniah! Kalau anda sedang membaca artikel ini, besar kemungkinan anda baru sahaja mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain sibuk cari hostel, beli barang keperluan dan buat persiapan hari pendaftaran, ada satu benda penting yang jangan lupa adalah laptop!
Zaman sekarang, hampir semua tugasan, nota kuliah, pembentangan dan kelas online memerlukan laptop. Jadi sebelum terus beli yang nampak cantik atau yang tengah viral, jom semak beberapa perkara penting dahulu.
Laptop Macam Mana Yang Sesuai Untuk Mahasiswa?
Sebenarnya, tak semua mahasiswa perlukan laptop yang mahal atau spesifikasi terlalu tinggi. Kalau korang banyak guna untuk buat assignmen, siapkan slide presentation, join kelas online atau buat research dan cari bahan pembelajaran, laptop pertengahan dah cukup untuk membantu sepanjang pengajian.
Tapi kalau korang ambil kursus seperti Multimedia & Design, IT & Computer Science atau Engineering & Architecture. Korang mungkin perlukan laptop yang lebih berkuasa untuk menjalankan perisian tertentu.
Apa Yang Perlu Diperhatikan Sebelum Membeli?
Perkara | Cadangan |
RAM | Minimum 8GB |
Storan | 512GB SSD |
Saiz Skrin | 14" – 15.6" |
Berat | Ringan dan mudah dibawa ke kelas |
Bateri | Tahan sekurang-kurangnya 6-8 jam |
Pilih laptop yang ringan sebab anda mungkin akan membawanya ke kelas, perpustakaan dan kafe hampir setiap hari.
Pilihan Laptop Untuk Mahasiswa
Berikut beberapa pilihan laptop yang boleh dipertimbangkan mengikut keperluan dan bajet anda:
Model | Sesuai Untuk | Kelebihan |
Sesuai untuk assignment, kelas online atau presentation | Ringan, reka bentuk moden dan mudah dibawa | |
Mahasiswa yang mencari pilihan berbaloi | Prestasi baik untuk kegunaan harian | |
Pelajar yang sentiasa bergerak sana sini. | Nipis, ringan dan bateri tahan lama | |
Multimedia dan tugasan kreatif | Prestasi lebih tinggi untuk kerja kreatif | |
IT, Engineering dan Design | Mampu menjalankan perisian yang lebih berat |
Tak Perlu Yang Paling Mahal
Ramai pelajar fikir lagi mahal laptop, lagi bagus. Hakikatnya, laptop yang terbaik ialah laptop yang sesuai dengan keperluan anda. Kalau kegunaan anda sekadar untuk tugasan dan pembelajaran harian, tidak semestinya perlu berbelanja sehingga ribuan ringgit untuk spesifikasi yang mungkin tidak digunakan sepenuhnya.
Apa yang penting, pilih laptop yang selesa digunakan, tahan lama dan mampu membantu anda sepanjang perjalanan sebagai mahasiswa.
Selamat Menjadi Mahasiswa!
Masuk universiti memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Dengan laptop yang sesuai, urusan belajar akan jadi lebih mudah dan lancar.
Masih mencari laptop yang sesuai? Kunjungi Senheng hari ini dan terokai pelbagai pilihan laptop daripada jenama terkemuka untuk membantu anda memulakan kehidupan kampus dengan lebih yakin.
