Collaborations

Harga Barang Naik? Trick Beli Dengan Bijak & Berbaloi

Sejak kebelakangan ini, ramai orang mula rasa satu benda yang sama iaitu harga barang naik. Pergi beli barang dapur, isi rumah atau peralatan elektrik pun rasa beza berbanding dulu. Kadang-kadang baru tengok harga, terus rasa nak tutup mata

Tapi bila harga makin naik, bukan maksudnya kita kena stop beli terus. Apa yang penting sekarang ialah cara kita beli. Kalau pandai pilih dan rancang, kita masih boleh dapat barang yang diperlukan tanpa rasa terbeban sangat.

Bezakan Mana Keperluan, Mana Kehendak

Sebelum beli apa-apa, cuba tanya diri sendiri dulu, memang perlu ke, atau sekadar teringin? Contohnya, kalau peti sejuk dah tak sejuk macam biasa, mesin basuh mula buat perangai atau TV asyik problem, itu dah masuk kategori keperluan. Barang macam ni memang bantu rutin harian jadi lebih mudah. Kalau beli benda yang betul-betul diperlukan, duit pun rasa lebih berbaloi dibelanjakan.

Jangan Kejar Murah Semata-Mata

Memang normal bila tengok harga murah terus rasa tertarik. Tapi kadang-kadang barang terlalu murah boleh jadi cepat rosak atau tak tahan lama.

Ada masa, lebih baik pilih produk yang berkualiti dan sesuai dengan kegunaan rumah. Walaupun harga awal mungkin lebih tinggi sikit, tapi boleh pakai lama dan kurang pening kepala di kemudian hari. Bak kata orang, beli elok sekali, pakai puas-puas.

Survey Dulu Baru Beli

Jangan terus beli sebab nampak satu harga je. Cuba compare dulu beberapa pilihan. Tengok spesifikasi, fungsi, jaminan dan promosi yang sedang berjalan.

Sekarang semuanya di hujung jari. Nak semak online pun mudah. Ambil sedikit masa untuk survey, kadang-kadang boleh jimat lebih banyak daripada yang kita sangka.

Pilih Cara Bayaran Yang Sesuai

Setiap orang ada cara urus duit yang berbeza. Ada yang suka bayar terus, ada yang lebih selesa guna ansuran supaya bajet bulanan tak terlalu ketat.

Tak ada salah atau betul. Yang penting, pilih cara bayaran yang sesuai dengan kemampuan sendiri. Bila kewangan lebih teratur, hati pun lebih tenang.

Ambil Peluang Join Kempen Atau Promosi

Bila harga barang naik, promosi yang bagus memang boleh bantu kita berjimat dan mengurus kewangan dengan lebih baik

Ada berita baik! Kalau korang tengah plan nak upgrade barangan elektrik rumah ini lah masanya! Senheng sekarang tengah mengadakan kempen raya dimana kita ada menawarkan ganjaran menarik untuk pelanggan yang membuat pembayaran dengan Ansuran Mudah AEON Credit.

Pelanggan yang layak berpeluang untuk dapatkan Hadiah Raya sehingga RM20,000 dan 2,000 Mata Ganjaran AEON untuk 1000 pelanggan terawal.

Jadi kalau korang memang dah lama nak beli atau upgrade barangan elektrik baru, ini masa yang paling sesuai untuk belanja dengan lebih bijak dan berbaloi!

Leave a Reply