SOALAN UMUM– PROGRAM
-
Apakah program “Xpress RENEW”?
Program "Xpress RENEW” adalah sebuah program yang membolehkan anda untuk menikmati peranti baru pada setiap 24 bulan atau 36 bulan dengan langganan bulanan yang rendah.
-
Apakah peranti yang terdapat dalam program ini?
Program "Xpress RENEW” menawarkan pelbagai model yang terkini. Untuk senarai peranti yang terkini, sila rujuk kepada cawangan-cawangan Senheng yang mengambil bahagian.
-
Bolehkah saya mendaftar untuk lebih daripada satu peranti di bawah program ini?
Tidak Boleh. SATU (1) NRIC cuma boleh mendaftar SATU (1) peranti di bawah program ini.
-
Siapakah yang layak mendaftar untuk program ini?
- Warganegara Malaysia dengan MyKad berwarna BIRU
- Berusia 18 tahun dan ke atas
- Lulus pemeriksaan kredit semasa mendaftar
-
Adakah saya memiliki peranti, di bawah program ini?
Tidak. Selama tempoh kontrak, hak milik peranti adalah dengan Terra Optimus Pearl Sdn. Bhd. (TOP).
Selepas selesai pembayaran balik, jika anda memilih untuk tidak menaik taraf atau memulangkan peranti lama dan mendapat ‘cashback’ daripada CompAsia Sdn. Bhd. (CA), anda mungkin menanggung Aggaran Nilai Gantian atau ‘Estimated Replacement Value’ untuk membeli peranti daripada CA.
Definisi Angaran Nilai Gantian atau ERV: ‘Estimated Replacement Value’ bermaksud amaun yang perlu dibayar oleh Pelanggan untuk menggantikan Peranti Mudah Alih yang hendaklah bersamaan dengan nilai semasanya (seperti yang ditentukan oleh Pemilik)
-
Adakah saya perlu menggunakan kad kredit/debit atau dokumen sokongan yang lain untuk permohonan program ini?
Tidak. Apa yang anda perlu bawa bersama kedai adalah kad pengenalan anda dan kakitangan stor akan membantu anda dalam proses pendaftaran.
soalan umum - naik taraf ke peranti baru
-
Bilakah saya boleh menaik taraf kepada peranti baharu?
Masa untuk menaik taraf peranti adalah terhad kepada bulan yang ke 25 (untuk program 24 bulan) dan pada bulan yang ke 37 (untuk program 36 bulan).
-
Adakah saya perlu membayar yuran naik taraf?
Tidak. Anda tidak perlu membayar sebarang yuran naik taraf. Anda hanya perlu memulangkan peranti lama dan kami juga akan menawarkan baucar kedai kepada anda.
-
Bagaimanakah cara mendapatkan baucar kedai?
Anda akan layak mendapat baucar kedai semasa naik taraf di kedai.
-
Bolehkah saya menaik taraf peranti saya sebelum kontrak berakhir?
Tidak. Tempoh naik taraf hanya dibuka apabila kontrak telah dipenuhi sepenuhnya.
-
Apa yang akan berlaku selepas kontrak saya tamat?
Selepas tamat kontrak, anda boleh mengembalikan peranti yang lama dan menaik taraf ke peranti yang baru. Senario seperti di bawah:
Senario |
Pelanggan Akan Mendapat |
Naik Taraf dan mengembalikan peranti yang lama |
Peranti yang baru dan baucar kedai |
Tidak kembali peranti |
Tiada |
-
Apakah yang berlaku kepada peranti lama saya dan datanya apabila saya menaik taraf?
Peranti lama anda akan dikembalikan kepada Apple Premium Reseller (APR) / Apple Authorized Reseller dan anda dinasihatkan untuk ‘back up’ data daripada peranti lama sebelum mengembalikannya untuk naik taraf kepada peranti baharu. Setelah peranti lama dikembalikan, sisa data dalam peranti akan dipadamkan.
SOALAN UMUM– PEMULANGAN PERANTI
-
Apakah kriteria untuk mengembalikan peranti untuk naik taraf? Peranti anda mesti memenuhi syarat berikut untuk layak naik taraf:
Status Peranti |
Kefungsian |
IMEI peranti yang dikembalikan sepadan dengan IMEI peranti berdasarkan Kontrak yang ditandatangani (pelanggan perlu memberikan nota perkhidmatan sebagai bukti jika IMEI telah berubah) |
- Dapat menghidupkan dan mematikan dan apabila memasang kabel pengecas, lampu penunjuk menunjukkan pengecasan aktif;
- Mesti dilog keluar dari iCloud & mana-mana akaun lain
|
soalan umum-kehilangan/kecurian/kerosakan
-
Apakah yang perlu saya lakukan jika Peranti rosak?
Setelah menerima peranti baharu daripada kedai, sila pastikan anda menyemak peranti itu dengan teliti untuk mengesan kecacatan. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan peranti itu, maklumkan kepada kedai dengan segera dan minta penggantian. Sebaik sahaja anda bersetuju untuk menerima peranti tersebut, anda hendaklah bertanggungjawab ke atas keadaan peranti sepanjang tempoh kontrak dan terus membayar yuran bulanan sehingga tamat kontrak.
-
Apakah yang akan berlaku jika peranti saya dicuri?
Program ini tidak termasuk perlindungan kecurian; oleh itu anda perlu terus membayar sehingga akhir kontrak.
-
Apakah yang akan berlaku jika peranti saya rosak sehingga tidak dapat diperbaiki?
Program ini tidak termasuk perlindungan peranti; oleh itu anda akan perlu terus membayar sehingga akhir kontrak.
kontrak
-
Bolehkah saya menamatkan kontrak saya selepas mendaftar atau semasa tempoh kontrak?
Penamatan awal dibenarkan, tetapi mesti selepas 12 bulan dari tarikh kontrak dan anda akan tertakluk kepada yuran denda penamatan awal berikut:
Yuran penalti = (bulanan sewa x baki bulan) + anggaran nilai penggantian (jika berkenaan) + Yuran pentadbiran
-
Bilakah saya akan mendapatkan peranti selepas saya berjaya mendaftar?
Setelah berjaya menyelesaikan transaksi on-boarding, Pelanggan akan diberikan Peranti dan itu adalah penerimaan oleh Pelanggan. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan Peranti, Pelanggan perlu mebangkitkan hal itu secara erasingan dengan CompAsia Sdn. Bhd. (CA). Walau apa pun keadaan Peranti, Pelanggan perlu membayar sewa bulanan.
-
Dimanakah saya boleh menyemak butiran kontrak?
Setelah berjaya mendaftar untuk Program, anda akan menerima kontrak anda melalui e-mel. Semua terma dan syarat Program dinyatakan dalam kontrak.
pembayaran
-
Adakah terdapat yuran program semasa mendaftar?
Ya. Terdapat yuran program satu kali dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah ansuran bulanan peranti anda serta bayaran pendahuluan satu (1) bulan yang akan merangkumi invois sewa bulan pertama.
-
Di mana dan bagaimana saya boleh membuat pembayaran pertama?
Selepas pengesahan pesanan anda, anda akan diarah semula ke gerbang pembayaran iPay88 di mana anda boleh memilih kredit/debit atau FPX (perbankan internet) untuk membuat pembayaran pertama.
-
Dimanakah saya boleh membuat bayaran yuran bulanan saya?
Anda akan menerima e-invois setiap bulan dan cuma perlu klik pada pautan URL yang disediakan dalam e-mel, maka anda akan diarah ke gerbang pembayaran iPay88 untuk membuat pembayaran yuran bulanan anda.
Diskripsi transaksi urus niaga untuk bayaran yuran bulanan akan ditunjukkan sebagai "iPay88" atau "iPay88 * Terra Optimus Pearl Sdn. Bhd." dalam penyata bulanan Bank/Kad.
-
Apakah yang akan berlaku jika saya terlepas bayaran bulanan saya?
Anda perlu menyelesaikan jumlah tertunggak secepat mungkin supaya dapat menikmati servis berterusan tanpa sebarang gangguan dengan peranti anda. Anda juga akan menerima peringatan pembayaran melalui e-mel.
-
Bolehkah saya membuat pembayaran dalam talian melalui perbankan atas dalam talian?
Tidak. Pembayaran hanya boleh dibuat melalui portal pengguna.
-
Adakah terdapat perkhidmatan auto-debit?
Tidak. Perkhidmatan auto-debit tidak tersedia untuk program ini.
bayaran balik
-
Bolehkah jumlah pendahuluan yang dibayar semasa pendaftaran dikembalikan?
Semua transaksi yang berjaya tidak akan dikembalikan.
-
Untuk sebarang kes bayaran balik, berapa lama saya perlu menunggu untuk bayaran balik dikreditkan semula ke akaun saya?
Proses bayaran balik akan mengambil masa 7 – 14 hari bekerja selepas menerima akaun perbankan lengkap pihak yang menerima
Untuk pertanyaan UMUM tentang program & Peranti sila hubungi CompAsia di:
Emel : renew.plus@compasia.com
Nombor telefon : 010-3313749
Untuk pertanyaan berkaitan KONTRAK, PEMBAYARAN & PEMBAYARAN BALIK, sila hubungi Terra Optimus Pearl di:
Emel : PhoneRental@orix.com.my
Nombor telefon : 03-26327382