Tabiat Lelaki dan Wanita Bila Bershopping!

0

 

Tabiat Lelaki & Wanita Bila Bershopping!

 

Secara jujurnya, bila dengar sahaja perkataan ‘Kaki Shopping’  siapa yang korang rasa akan lebih dekat dengan kenyataan tersebut? Lelaki atau wanita? Haa, mesti ramai yang akan jawab wanita kan. Mana tak nya, selalu kita tengok lelaki kalau berbelanja sekejap je nak buat keputusan. Tapi kalau wanita yang berbelanja, 3 jam pun belum tentu jumpa barang yang berkenan.

Kalau korang nak tahu, lelaki dan wanita ini sebenarnya ada tabiat membeli mereka yang tersendiri tau. Sebab itu lelaki dan wanita ini dilihat berbeza apabila mereka berbelanja.

Tapi ingat, ini hanya anggapan kami sahaja untuk pasangan yang telah pun berkahwin. Kalau masih single tu, style berbelanja tentulah berlainan.

 

 

Untuk wanita, bahagian kegemaran yang biasa mereka akan tuju dan akan habiskan masa yang lama adalah di bahagian kecantikan, bahagian pakaian, keperluan bayi dan juga bahagian yang menjual barangan dapur. Ini dah jadi kewajipan kepada para wanita untuk mencantikkan diri dan mereka ini juga lebih gemar memilih keperluan rumah sendiri berbanding mengharapkan suami. 

Bagi lelaki pula, korang sendiri boleh agak bahagian mana yang para lelaki akan lebih tertumpu? Ya! Sudah tentunya bahagian makanan ringan dan barangan elektronik. Para suami ni biasanya akan beli benda yang sama dan apa yang mereka suka sahaja, berbanding dengan isteri. Nak kena fikir keperluan suami lah, keperluan anak lah. Jadi tidak hairan lah kenapa mereka berbelanja lama kan.

 

 

Kaum wanita sangat teliti dalam membuat perbelanjaan atau menguruskan wang. Mereka sangat suka bila nampak tag Diskaun atau Sales di kedai-kedai. Bak kata orang, pantang nampak je mesti nak masuk. Tengok je lah contoh, bila ada jualan murah je mesti isteri yang paling ramai berpusu-pusu di pusat membeli-belah. Yang suami cuma teman sahaja dan duduk di luar kedai betul tak?

 

 

Ini berbeza dengan lelaki, kaum lelaki lebih mementingkan kualiti berbanding harga. Walaupun harga barang yang nak dibeli tu mahal, mereka tetap dengan pendirian mereka tersendiri untuk memiliki barang tersebut. 

Tapi korang jangan salah anggap pula, maksud di sini bukannya nak kata wanita tidak mementingkan kualiti, cumanya mereka ini lebih cenderung membuat perbelanjaan dengan menggunakan kupon atau diskaun yang mereka dapat berbanding lelaki. Sebab itu perbelanjaan para wanita ini lebih memakan masa sikit, kan nak cari balik kupon-kupon yang dah dikumpul.

 

Saling Memahami, Saling Menyayangi!

 

Tabiat ini adalah tabiat biasa untuk lelaki dan wanita. Bagi isteri, shopping adalah salah satu bentuk terapi dan perkara yang membahagiakan mereka. Jadi para suami, jangan lah pula marah kalau pasangan korang kaki shopping, malah korang kena memahami mereka dan anggap ini sebagai salah satu penghargaan untuk si dia.

Begitu juga dengan Senheng! Senheng sentiasa berusaha untuk memahami dan memberikan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggannya.

 

Ulang Tahun PlusOne ke-20 : Saban Tahun Penuh Ganjaran, Kini Lebih Menakjubkan!

 

 

Sempena Ulang Tahun PlusOne yang ke-20, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan setia kami di atas sokongan dan kepercayaan anda. Dengan ini, kami ingin mengajak anda beramai-ramai, untuk nikmati lebih banyak ganjaran dan penjimatan yang pastinya membuatkan anda gembira!

Antara tawaran menarik yang boleh anda dapatkan termasuk lah S-Coin Cashback sehingga 70%, RM25,000 Baucar Tunai untuk pertandingan ‘Review & Share’, hadiah bernilai RM70,000 eksklusif untuk pemegang Kad Kredit Citi,serta Rebat Segera bernilai RM50 sekiranya anda membeli dengan PAYLATER!

Anda juga berpeluang untuk dapatkan  baucar ganjaran tau. Macam mana nak dapatkannya? Senang je, anda hanya perlu tebus point  PlusOne anda untuk membeli secara lebih jimat dari rakan kongsi pedagang kami yang terpilih seperti Chatime, Empire Sushi, Poh Kong, Skechers dan banyak lagi.  

Tak cukup dengan tu? Jangan risau, kami juga nak bagi anda 10x iPad Air 5 sekiranya anda menggunakan Pelan Bayaran Mudah AEON Credit! Fuh! Memang GEMPAK kan tawaran-tawaran yang ada ni.   

Jadi tunggu apa lagi? Jom kunjungi cawangan-cawangan kami yang berhampiran anda!

Untuk info lanjut, anda boleh kunjungi laman web kami
DI SINI!