Senheng Menjawab Permintaan Popular dengan Senheng...

0

Senheng Menjawab Permintaan Popular dengan Senheng Mobile!


Marilah kita memberi tepukan untuk konsep kedai terbaru kami, Senheng Mobile, yang pertama kini di Kota Damansara, Petaling Jaya!

Senheng Mobile adalah lanjutan dari jenama Senheng Electric (KL) Sdn Bhd dan merupakan tindak balas yang unik terhadap permintaan gajet yang sentiasa popular dari kalangan pengguna. Senheng Mobile merupakan sebuah kedai yang menawarkan gajet dan peranti yang terbaik di bawah satu bumbung!

 

Kedai Yang Cukup Padat untuk SEMUA Keperluan Digital Anda


Dengan keluasan 1,595 kaki persegi, konsep Senheng Mobile dilihat sebagai kedai yang padat dan efisen. Di sini ada pelbagai jenama termasuk Apple, Samsung, Huawei, HONOR, Oppo, dan Vivo serta pembekal perkhidmatan komunikasi Maxis dan Digi. Jadi, anda tidak perlu pergi ke tempat lain apabila anda inginkan pelan komunikasi yang baru bersama gajet baru anda – semuanya berada di Senheng Mobile!

 


Dari Laptop ke Telefon, Semuanya Ada Disini!

 

Senheng Mobile menjual komputer riba, tablet, telefon dan semua aksesori yang anda perlukan! Semuanya di dalam ruang membeli-belah yang direka cantik kerana Senheng Mobile juga fokus pada aspek pengalaman pelanggan – inilah kepakaran utama Senheng! Kami ingin mencipta pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan menggembirakan untuk anda, bermula dari langkah anda memasuki kedai kami, sehinggalah ke perkhidmatan selepas jualan yang hebat.

 

 

Kemudahan yang Sama seperti di Cawangan Senheng yang Lain!


Senheng Mobile juga menawarkan kemudahan yang sama seperti cawangan Senheng yang lain di mana anda boleh menikmati faedah yang sama seperti Jaminan Tambahan, pelbagai Kaedah Pembayaran, Ansuran 0%, dan Program Tukar Beli & Jimat. Kami akan bertapak di Lembah Klang dahulu dan merancang untuk berkembang sehingga ke bandar lain pada masa akan datang – mendekati rakyat Malaysia dengan faedah dan perkhidmatan kami!

 

 

Menepati Tagline Kami, "Berbeza...Memang Berbeza!"

Senheng Mobile disesuaikan dengan keperluan pengguna moden yang sentiasa inginkan perubahan, dan ini merupakan sebahagian daripada DNA jenama kami. Kami sangat mengalu-alukan anda untuk menikmati kesemua tawaran yang terdapat di Senheng Mobile Kota Damansara, Petaling Jaya! Bagi memudahkan anda mencari kami, sila ikuti peta Google di bawah! Jumpa anda di sana!